Header Ads

Up2date Terkini!
recent

Helikopter Dinaiki Dato’ Sri Dr Jamaluddin Jarjis SAH Terhempas


Helikopter Dinaiki Dato’ Sri Dr Jamaluddin Jarjis Terhempas

Sebuah helikopter yang dinaiki oleh Ahli Parlimen Rompin, Dato’ Sri Dr Jamaluddin Jarjis. dan beberapa orang kanamaan kerajaan yang lain dilaporkan terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih 4.00 petang semalam.







Keadaan bangkai helikopter yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih, petang tadi. Tiga mayat sudah ditemui setakat ini. Difahamkan helikopter berkenaan membawa enam orang.
Dalam nahas itu melibatkan mangsa lain adalah  juruterbang Kapten Cliff Fournier, pembantu juruterbang dikenali sebagai Eidiana dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Dato’ Sri Azlin Alias.
Sebuah helicopter milik swasta dilaporkan telah terhempas di sekitar Sg Lalang, Semenyih semasa dalam perjalanan dari Kuantan ke Subang. Setakat ini tiga dari enam mangsa sudah ditemui.

"Mula-mula pak cik dengar bunyi kipas kuat...nampak helikopter meletup dan terbakar di udara. Selepas itu helikopter mula jatuh ke bawah.

"Tiba-tiba, pak cik dengar letupan kali kedua, mungkin waktu itu, ia sudah berada di darat. Hujan juga ketika itu," saksi kejadian.


Al-fatihah. Takziah kami warga kerja Beritaup2date ucapkan pada keluarga mangsa nahas Helikopter di Semenyih tadi. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang solihin. Dan takziah buat Pilot dan Robert Tan.

Ralat: Wanita bertudung didalam gambar ini masih hidup. Yang terkorban dalam nahas tersebut, adalah orang lain bukan seperti di dalam gambar diatas. Harap maklum

Dua mangsa lagi yang terlibat masih belum dikenalpasti dan mangsa korban bukan laporan rasmi telah diketahui mengobankan seorang vvip tetapi kami masih menunggu malumat rasmi dari pihak bomba.


Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang telah mengesahkan, tiga daripada enam penumpang helikopter terbabit ditemui maut.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Helikopter berkenaan dikatakan milik IGB Corporation dan dikendalikan oleh Cempaka Aviation yang dimiliki mendiang Fournier.

PM Najib Razak kelihatan sedih ketika sidang media di tempat kejadian nahas helikopter terhempas di Semenyih. Semoga roh-roh mangsa yang terkorban ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

PM Najib Razak tiba di tempat nahas helikopter terhempas di Semenyih


No comments:

Powered by Blogger.