Pengulas Sukan Malaysia Hasbullah Awang Meninggal Dunia

Belasungkawa Pengulas Sukan Malaysia Hasbullah Awang Meninggal Dunia

Belasungkawa! Astro Awani melaporkan sebentar tadi yang pengulas sukan popular, Datuk Hasbullah Awang telah meninggal dunia selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara hari ini.

Ini berita yang kitorang baru je terima...Pengulas sukan terkenal negara, Datuk Hasbullah Awang telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara sebentar tadi...Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah agar rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman...

Al-Fatihah

Tiada lagi celoteh, hiburan dan kata-kata semangat yang selalu di ungkapkan oleh beliau. Suaranya akan selalu dirinduinya.

Pengulas sukan Hasbullah Awang meninggal dunia

Menurut keluarga, Hasbullah telah dimasukkan ke IJN sejak minggu lepas untuk mendapatkan rawatan. - Gambar Fail

Pengulas sukan negara, Datuk Hasbullah Awang dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara dipercayai akibat komplikasi jantung.
Beliau yang betugas sebagai pengulas sukan bagi rangkaian Astro Arena sejak Januari 2014, menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan di fasiliti perubatan tesebut sejak minggu lalu.

Allahyarham terkenal sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan mahupun luar negara sejak dari tahun 1980.

Populariti Allahyarham memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an.



Sejak kecil lagi kita dibesarkan dengan ulasan-ulasan beliau di RTM dan hari ini kita terpaksa menerima hakikat bahawa beliau telah meninggalkan kita selamanya dengan pengulasan legend suara emas beliau.

Beliau merupakan seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia yang berkhidmat dengan Radio Televisyen Malaysia.

Memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1. Pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.

Dato'Hj. Hasbullah Awang tersenyum menanti sepak mula Pelawanan Tertunda TGN vs N.S
Beliau lebih dikenali sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan mahupun luar negara. Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.

Dato' Hasbullah Awang merupakan antara pengulas terbaik yang pernah dilahirkan negara sebaris nama-nama besar lain seperti Dato' Rahim Razali.

Beliau mempunyai aura tersendiri dengan intonasi suara yang menarik membuatkan kita menjadi seronok mendengar setiap ulasan daripada beliau.

Al fatihah..

kembalinya seorang lagenda media sukan tanahair.. Datuk Haji Hasbullah Awang ke rahmatullah. Arwah telah meninggal dunia di IJN.

sama sama kita sedekahkan alfatihah dan berdoa semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman.



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.