Wanted : Dicari Penjenayah Naik Gila di Bukit Padang KK Sabah

Wanted : Dicari Penjenayah Naik Gila di Bukit Padang KK Sabah

DIKEHENDAKI – 19 Dis, Polis Kota Kinabalu mohon kerjasama orang ramai untuk mengesan 2 saspek yang terlibat dalam insiden yang berlaku di tempat letak kereta Taman Tun Fuad Padang semalam dimana saspek telah merosakkan beberapa buah kereta orang awam termasuk sebuah motosikal milik anggota Cegah Jenayah Balai dalam cubaan saspek melarikan diri daripada pemeriksaan pihak polis.



Berikut adalah pengenalan salah seorang saspek yang dicari untuk membantu siasatan :-

Nama : Samri Bin Samsul
KP : 861027-12-5239
Alamat : Penempatan Kinarut , Papar.

Saspek juga dipercayai telah terlibat dalam 8 kes pecah kereta yang berlaku di sekitar Luyang.

Orang ramai yang mengenali atau mengetahui atau mempunyai maklumat berkaitan individu tersebut sila berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes Insp Mohamad Ali di talian 013-2120852 atau hotline IPD Kota Kinabalu 088-318843 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran.

Polis Kota Kinabalu turut menasihati orang awam tidak meletak kenderaan di tempat yang sunyi dan terpencil serta tidak menyimpan barang-barang berharga dalam kenderaan kerana akan mewujudkan peluang dan menarik minat penjenayah untuk melakukan kes pecah kenderaan.






Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.