Seniman Mustapha Maarof Meninggal Dunia..ALFATIHAH

Seniman Mustapha Maarof Meninggal Dunia

Seniman Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju dekat sini kira-kira pukul 8.30 pagi, Isnin.

Berita kematian itu di sahkan kepada mStar Online oleh Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang dekat sini berdekatan pusara isterinya, seniwati Roseyatimah.

Mustapha, 79, dimasukkan ke Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL)  pada 25 November lalu selepas mengalami kesukaran bernafas akibat komplikasi paru-paru.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 2 Disember lalu bagi mendapatkan rawatan susulan.
Keadaan Allahyarham sepanjang dirawat di hospital berkenaan adalah kritikal dan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan.

Antara filem-filem lain lakonan beliau ialah Sultan Mahmud Mangkat Di Julang, Yatim Mustapha, Seri Mersing dan Naga Tasik Chini.

Pada tahun 2010, beliau diumumkan penerima Anugerah Tokoh Perfileman yang diberikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Beliau juga pernah dipilih sebagai presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).
SENIMAN filem Melayu klasik, Datuk Mustapha Maarof, 79, meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera, Tuanku Mizan, Wangsa Maju jam 8.38 pagi tadi. - Foto fail NSTP/Zunnur Al Shafiq

Hero filem Melayu klasik, Mustapha Maarof meninggal dunia

Seniman filem Melayu klasik, Datuk Mustapha Maarof, 79, meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, di sini, jam 8.38 pagi tadi.

Mustapha atau nama sebenarnya Mustapha Azhari Maarof meninggal di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selepas dua minggu mendapatkan rawatan akibat penyakit paru-paru.

Jenazah akan disempurnakan di hospital dan disembahyangkan di Masjid Sentul sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ampang yang dijangka selepas Zuhur.

Suami kepada Allahyarhamah Roseyatimah dikenali dengan filem seperti Hang Tuah, Bawang Putih Bawang Merah, Seri Mersing dan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.

Profil


1) Datuk Mustapha Maarof dilahirkan pada 1 Januari 1935. Berasal dari Kuala Lumpur dan kini berusia 79 tahun.

2) Memulakan kerjaya lakonan di era 50-an.

3) Sebelum menikahi Allahyarhamah Roseyatimah, Mustapha pernah memperisterikan pelakon jelita, Suraya Harun dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Suzlynna. Namun perkahwinan itu hanya mampu bertahan selama tiga tahun sahaja apabila mereka berpisah pada tahun 1965.

4) Mustapha dan Allahyarhamah Roseyatimah mendirikan rumah tangga pada 1967, dikurniakan tiga anak iaitu Azlynna, Mohamad Rezainuddin dan Mohammed Khairuddin, namun Mohammed Khairuddin meninggal dunia akibat denggi ketika berusia tiga tahun.

5) Sudah berlakon lebih 50 filem dan beratus-ratus drama televisyen, sama ada di Malaysia mahupun Singapura, kini lebih aktif bekerja di sebalik tabir sebagai produser drama dan iklan komersial serta video korporat menerusi Warna Motion Pictures.

6) Selain itu, beliau juga sibuk dengan aktiviti berpersatuan. Pernah menerajui Persatuan Seniman dan menjadi Ahli Lembaga Pengarah FINAS.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.