Indonesia rekod 650 Kemalangan Maut Dalam Nahas Udara [3 Gambar]


Indonesia rekod 650 Kemalangan Maut Dalam Nahas Udara [3 Gambar]

Nahas pesawat Garuda pada 2007


KEHILANGAN menyedihkan penerbangan AirAsia, QZ8501 yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada Ahad merupakan sejarah baharu bagi Indonesia selepas negara itu merekodkan 650 kematian dalam kemalangan udara sejak dua dekad lalu.

Insiden terbaharu itu berlaku tatkala Indonesia sedang berusaha meningkatkan keselamatan udara berikutan permintaan yang tinggi dalam penerbangan tambang murah ekoran daripada peningkatan populasinya.





DailyMail Online melaporkan, walaupun Indonesia mendapat manfaat daripada pengangkutan udara namun negara itu masih belum dapat menyediakan jumlah juruterbang berkelayakan yang mencukupi, mekanik, pengawal trafik udara serta lapangan terbang mengikut teknologi terkini bagi meningkatkan keselamatan.

Laporan itu turut mendakwa kebanyakan lapangan terbang di Indonesia tidak dilengkapi oleh sistem pengesan angin ricih yang dapat memberitahu anak kapal mengenai situasi semasa cuaca.

Teknologi itu digunakan untuk mengelak daripada berlaku kemalangan udara akibat keadaan cuaca yang menyumbang sebanyak 30 peratus dalam nahas udara di seluruh dunia sebelum ini.





Kemalangan pesawat Sukhoi Superjet-100 di Bogor, Jawa Barat pada 12 Mei , 2012

Laporan berkenaan turut melaporkan bahawa Pusat Penerbangan Asia Pasikfik telah merekodkan peningkatan jumlah penumpang sebanyak 20 peratus iaitu bersamaan 5.6 juta penumpang di antara 2012 hingga 2013 di rantau tersebut.

Jumlah itu juga dijangka meningkat sehingga menjadikan Asia Pasifik sebagai laluan udara paling sibuk dunia.

Sementara itu, Pengasas Kumpulan Khiri Travel, Willem Niemeijer berkata,"Peningkatan jumlah pengangkutan udara bermakna jumlah kemalangan juga akan naik."

Sejak 20 tahun lalu, seramai 532 nyawa terkorban dalam nahas udara di Indonesia manakala 116 lagi dianggap turut mati selepas tidak ditemui.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.