Bila Waris #QZ8501 Enggan Terima Berita Pesawat Terhempas Di Laut


Waris QZ8501 Enggan Terima Berita Pesawat Terhempas Di Laut

SURABAYA – Suasana di Pusat Krisis Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di sini tegang dan panik apabila waris keluarga kepada penumpang dan krew QZ8501 milik AirAsia Indonesia tidak dapat menerima berita penemuan bangkai pesawat itu.


Sejurus visual terkini mengenai kejayaan pasukan pencari menemui serpihan kapal terbang itu disiarkan menerusi televisyen tempatan, ramai ahli keluarga mangsa menangis dan ada berdoa agar berita tersebut tidak benar manakala sebahagian lagi dilihat tergamam.








Keadaan kecoh itu menyebabkan petugas Badan Search and Rescue Nasional (Basarnas) diserbu ramai ahli waris mangsa yang tidak berpuas hati dan mahu mendapatkan pengesahan berita yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen Indonesia.

Sejumlah petugas lapangan terbang terpaksa menenangkan keluarga penumpang sebelum meminta semua wartawan dan bukan waris mangsa segera keluar dari bilik taklimat pusat krisis tersebut untuk mengawal keadaan serta memberi maklumat terkini kejadian.




Antara yang berada di dalam bilik berkenaan ialah Ketua Basarnas Surabaya, Muhammad Hernanto; Pengarah Urusan Angkasapura I, firma yang mengurus hal ehwal lapangan terbang, Tommy Sutomo dan Datuk Bandar Surabaya, Tri Rismaharini. – Agensi













Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.