Warga Universiti Malaysia Terengganu (UMT) diberi cuti darurat

KAWASAN pintu masuk Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dinaiki air sedalam 0.4 meter berikutan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu . - Foto NSTP

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Kuala Terengganu: Hampir 10,000 warga Universiti Malaysia Terengganu (UMT) diberikan cuti darurat selepas kawasan universiti berkenaan dinaiki air lebih 0.4 meter berikutan hujan lebat awal pagi ini.

Cuti darurat itu diumumkan Seramai Naib Canselor Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo kira-kira jam 8.21 pagi tadi selepas air di pintu masuk UMT hampir setengah meter dalam.


"Hujan lebat yang berterusan menyebabkan banjir di kawasan rendah seperti di pintu masuk UMT dan beberapa bahagian sepanjang jalan.

"Kita tidak dapat memasuki kampus dan saya mencadangkan kita 'cuti peristiwa' pada pagi ini hingga diberitahu kelak,” katanya.


Beliau juga menasihati 8,383 pelajar dan 1,500 kakitangan UMT supaya duduk di rumah (jika masih selamat), menguruskan keselamatan keluarga dan harta benda dengan sebaik mungkin selain menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.," katanya.

Selain air naik di kawasan universiti, jalan pantai menuju Batu Rakit yang terletak di belakang UMT turut terjejas teruk apabila laluan itu terputus akibat hakisan.


Semalam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengisytiharkan cuti bencana semalam dan hari ini, berikutan pusat pengajian tinggi itu dilanda banjir.

Perkara itu dimaklumkan Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Yahya Ibrahim.

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.