Strategi AirAsia turunkan tambang untuk rangsang pasaran

Lakaran artis ibu pejabat global baharu AirAsia di klia2. - Foto BERNAMA. AirAsia sedang turunkan tambang untuk rangsang pasaran

AirAsia sedia menurunkan tambang untuk menyemarakkan pasaran sekali gus menambah jumlah penumpang.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes, berkata syarikat akan mencatat prestasi lebih baik tahjun ini jika harga minyak terus turun.

"Bagaimapun, harga minyak berubah dengan cepat, kita lihat apa yang akan terjadi. Mesejnya ialah kami mahu menurunkan tambang dan menyegarkan pasaran.


"Jika harga terus turun, kami mungkin menghapuskan surcaj bahan api supaya lebih ramai yang naik penerbangan," katanya selepas majlis pecah tanah ibu pejabat baharu syarikat di sini hari ini.

Pembinaan ibu pejabat itu yang akan dikenali RedQ akan bermula bulan depan dan dijangka siap pada Jun 2016, mempunyai keluasan lantai kasar 613,383 kaki persegi dan membabitkan kos kira-kira RM140 juta.

Ia akan menempatkan pejabat korporat dan bahagian operasi bagi AirAsia dan AirAsia X yang kini ditempatkan berasingan di Terminal Tambang Murah (LCCT) dan pejabat operasi sementara di gateway@klia2, termasuk kakitangan yang menyelia operasi global AirAsia.

Mengikut Tony, bangunan ibu pejabat baharu mencerminkan perjalanan selama 13 tahun syarikat itu. Kumpulan berkembang pesat daripada sebuah syarikat penerbangan kecil dengan hanya dua pesawat hingga menjadi peneraju utama industri penerbangan tempatan dengan kira-kira 180 pesawat.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.