Header Ads

Up2date Terkini!
recent

Wanita ini Dipukul, Dipijak Suami Kerana Sibuk Jual Tudung


Wanita ini Dipukul, Dipijak Suami Kerana Sibuk Jual Tudung

Ipoh: Seorang wanita dipukul dan dipijak oleh suaminya sehingga cedera di seluruh badan dalam kejadian di sebuah rumah di Persiaran Panji di sini, kelmarin selepas didakwa terlalu sibuk menguruskan perniagaan tudung secara dalam talian.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi, mangsa yang berusia 21 tahun bersama kakak dan abang iparnya sedang menyelesaikan urusan perniagaan berkenaan sejak jam 8 malam.


Sumber polis berkata, mangsa dibelasah teruk oleh suaminya yang dipercayai mengamuk selepas tidak puas hati dengan sikap mangsa yang terlalu sibuk menguruskan perniagaan hingga didakwa mengabaikan urusan keluarga.

“Pergaduhan tercetus apabila suami mangsa dikatakan menuduhnya mengabaikan kebajikan keluarga termasuk tidak memberi susu kepada anak mereka.


“Tuduhan itu menyebabkan mereka bergaduh. Suami mangsa tiba-tiba naik angin dan memukulnya di kepala selain memijak badannya berkali-kali,” katanya.


Menurut sumber, suami mangsa juga cedera apabila mangsa cuba mengacukan pisau kepada lelaki terbabit bagi mempertahankan diri daripada terus dipukul.

Pergaduhan itu terhenti selepas keluarga campur tangan.


“Mangsa kemudiannya melaporkan kejadian di Balai Polis Simpang Pulai jam 3.30 pagi, hari yang sama,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian dan ia sedang disiasat. - Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.