Header Ads

Up2date Terkini!
recent

Sadis! Budak Hancur Pergelangan Tangan Akibat Bermain Mercun (3 Gambar)


Hancur Pergelangan Tangan Akibat Bermain Mercun (3 Gambar)

ROMPIN: Gara-gara bermain mercun tanpa pengetahuan ibu bapa, seorang murid tahun tiga hancur di bahagian pergelangan tangan kirinya akibat letupan mercun di rumahnya, FELDA Keratong 1, Muadzam Shah, petang semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 5 petang itu, pergelangan tangan mangsa hancur apabila mercun yang dipegangnya meletup sebelum sempat dibaling.

Ibu mangsa, 30-an hanya sedar mengenai kejadian itu apabila terdengar jeritan anaknya sebelum menemui anaknya itu terbaring kesakitan.



Mangsa segera dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Keadaan mangsa kini stabil, bagaimanapun besar kemungkinan akan kehilangan pergelangan tangannya kesan daripada letupan mercun terbabit. Mangsa kini berada di unit rawatan rapi (ICU) HTAA.

No comments:

Powered by Blogger.