Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2015 Tingkatan 1 Dan 4

Permohonan Kemasukan Ke SBP 2015 Tingkatan 1 Dan 4

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2015 Tingkatan 1 Dan 4

Permohonan kemasukan ke SBP 2015 masih belum diumumkan lagi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tahun 2014, permohonan telah dibuka pada 1 September 2013 hingga 15 Oktober 2013.

* Permohonan akan dibuka bermula 1 Oktober hingga 30 Oktober 2014

Sila layari laman web http://public.moe.gov.my/ atau KPM di Portal Rasmi KPM untuk sebarang keterangan lanjut setelah pengumuman dibuat.

Permohonan Kemasukan Ke SBP 2015 Tingkatan 1 Dan 4



Senarai Sekolah Berasrama Penuh Di Malaysia
Anda boleh semak di SINI 


PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DIPETIK DARI LAMAN WEB KPM
  1. Permohonan hanya secara online melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my

SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN SATU (1)
  1. Murid mestilah warganegara Malaysia;
  2. Murid Sekolah Kebangsaan;
  3. Murid mencapai 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Kriteria berikut boleh dipertimbangkan ke SBP iaitu :
  1. murid mencapai sekurang-kurangnya 4A 1B serta aktif sukan atau permainan sekurang-kurangnya mewakilinegeri ke peringkat kebangsaan.
  2. murid dari keluarga miskin berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (Kumpulan Miskin Tegar)mendapat sekurang-kurangnya     3A 2B dalam UPSR dan
  1. Aktif dalam kokurikulum.

SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN EMPAT (4)
  1. Murid mestilah warganegara Malaysia;
  2. Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan ; dan
  3. Kelayakan akademik keputusan PMR seperti berikut :-
  • Memperoleh Gred A bagi sekurang-kurangnya Enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Antarabangsa / Bahasa Ketiga
  • Memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Sains dan Matematik
  • Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran lain
  • Permohonan ke Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Agama Ikhtisas, calon perlu memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran Bahasa Arab; dan
  1. Aktif dalam kokurikulum

TAWARAN INI HANYA SAH SEKIRANYA MURID MEMENUHI
SYARAT-SYARAT SEPERTI BERIKUT:
  1. Murid mestilah warganegara Malaysia.
  2. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
  3. Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
  4. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.