Pencuri Telefon Bimbit Ini Dibelasah Sehingga Mati (Video)

Mangsa, yang berusia 38 tahun itu, mati pada pukul 12.40 pagi ini selepas kira-kira 36 jam tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di hospital berkenaan. - Gambar Fail

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Lelaki curi telefon bimbit maut dipukul

BUKIT MERTAJAM: Seorang penganggur cedera parah selepas dibelasah oleh orang awam kerana mencuri telefon bimbit (RM200) milik seorang pemandu lori, Jumaat lali, mati di Hospital Bukit Mertajam pagi tadi.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor berkata, Ooi Sim Guan, 38, tidak sedarkan diri selepas dibelasah meninggal dunia pada jam 12. 40 pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 2 pagi Jumaat lalu, mangsa menahan sebuah lori di tepi jalan Taman Sejahtera dan meminta untuk menumpang lori berkenaan ke Bandar Bukit Mertajam.

Pemandu lori, 33, dalam perjalanan ke Kulim membenarkan mangsa menumpang lorinya. Tetapi setelah beberapa kilometer, mangsa meminta untuk keluar dari lori berkenaan. 

Tidak beberapa lama selepas lelaki itu keluar, pemandu lori sedar akan kehilangan telefon bimbitnya yang diletakan di compartment dashboard bahagian penumpang. Dia kemudianya berpatah balik ke Taman Sejahtera mencari lelaki itu tadi.


Pemandu lori itu berjaya menahan lelaki berkenaan berhampiran kawasan kedai dan berlaku sedikit perbalahan di antara mereka. Pemandu lori menemui telefon bimbitnya pada lelaki berkenaan menyebabkan dia dibelasah orang awam yang kebetulan melihat kejadian itu.

Rakaman di atas pula dirakam oleh seorang individu dan kemudian viral di laman Facebook. 

Pihak polis telah menahan pemandu lori terbabit untuk membantu siasatan. Polis juga sedang menyiasat dan mencari beberapa individu yang terbabit dalam insiden itu dan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

ACP Rusli Mohd Noor juga menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri sehingga menyebabkan kecederaan terhadap suspek yang membawa kepada kematian boleh didakwa melakukan jenayah.

"Kami hargai tindakan orang awam dalam memberkas penjenayah tetapi jangan bertindak di luar undang-undang. Orang awam sepatutnya menangkap dan menyerahkan suspek kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," jelasnya.


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.