Pakej F1 Malaysia diiktiraf paling murah dalam siri F1 dunia - Laman Web Perunding Pelancongan


F1 Malaysia diiktiraf paling murah dalam siri F1 dunia - TripAdvisor. Menurut TripAdvisor, Indeks Lawatan Perlumbaan mendedahkan perlumbaan GP Malaysia di KL menawarkan tiket paling murah untuk peminat.

KUALA LUMPUR: Pakej untuk menyaksikan Perlumbaan Formula One (F1) Grand Prix Malaysia diiktiraf sebagai paling murah manakala GP Monaco adalah termahal dalam siri Kejohanan F1 Dunia musim 2014.

Menurut TripAdvisor, iaitu laman web perunding pelancongan, dalam Indeks Lawatan Perlumbaan (TripIndex Racing) mendedahkan perlumbaan GP Malaysia di Kuala Lumpur menawarkan tiket paling murah untuk peminat.

Indeks tersebut merupakan perbandingan kos 19 perlumbaan F1 Dunia musim 2014 dengan berdasarkan kos gabungan tiket perlumbaan, penginapan satu malam di hotel berdekatan dengan litar, satu hidangan burger, satu pain bir dan segelas minuman air soda.

Menurut kenyataan TripAdvior hari ini, harga minimum untuk sekeping tiket F1 untuk perlumbaan hujung minggu di Litar Sepang ialah RM101.37 diikuti GP China di Shanghai (RM227.84) dan GP Bahrain pada harga RM256.44.

Apabila kos tiket perlumbaan digabungkan dengan harga sehidang makanan dan penginapan satu malam di hotel berdekatan litar, Kuala Lumpur kekal dengan harga paling murah iaitu RM535.90.

Pakej keseluruhan itu disusuli Shanghai dengan harga RM641.96 dan Litar Suzuka di Jepun dengan kos RM825.94.

Tiga pakej keseluruhan paling mahal musim ini ialah pada GP Monaco iaitu berharga RM4,665.70 diikuti GP Brazil di Litar Interlagos, Sao Paulo (RM4,512.11) dan GP Amerika Syarikat di Litar Americas, Austin dengan harga RM4,054.49.

TripAdvisor merupakan laman web pelancong terbesar di dunia dengan hampir 200 juta pengunjung setiap bulan.




Laman web tersebut beroperasi di 44 buah negara dengan menyenaraikan lebih empat juta produk pelancongan iaitu bilik penginapan, restoran dan destinasi pelancongan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.