Header Ads

Up2date Terkini!
recent

Lagi kes godam ATM, RM303,000 lesap di Petaling Jaya


Lagi kes godam ATM, RM303,000 lesap di Petaling Jaya

Dua lelaki dipercayai warga asing disyaki melesapkan RM303,000 daripada dua mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Petaling Jaya kelmarin.

Pada kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, setelah selesai membuat 'balancing' bersama pengurus cawangan bank berkenaan, pegawai bank mendapati sejumlah RM33,500 telah dikeluarkan melalui penggunaan kad ATM manakala RM303,000 lagi lesap dipercayai akibat mesin ATM digodam.

Baki yang tinggal dalam mesin ATM itu hanya RM3,500

Bernama semalam melaporkan sejumlah RM530,600 wang tunai di dua buah ATM sebuah bank yang sama di Johor dan Selangor lesap apabila digodam semalam dipercayai menggunakan sim kad telefon dan teknologi canggih.




Mengikut pemeriksaan terhadap rakaman kamera litar tertutup, pegawai bank itu mendapati dua suspek itu telah membuka bahagian atas dua mesin ATM dan memasukkan sesuatu ke dalamnya kira-kira 12.30 tengah malam kelmarin.

- Bernama

No comments:

Powered by Blogger.