Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu DS Idris Jala Antara 50 Tokoh Pasaran Terbaik Dunia


Idris Jala Antara 50 Tokoh Pasaran Terbaik Dunia

Beliau disenaraikan dalam kategori 10 tokoh pembuat dasar yang paling berpengaruh di dunia sebaris dengan pendakwaraya bagi wilayah selatan New York, Preet Bharara yang bertanggungjawab mengendalikan beberapa kes besar melibatkan penyelewengan perniagaan saham di Wall Street.

Idris turut diletakkan sebaris dengan Presiden Bank Pusat Eropah, Mario Dragi; Gabenor Bank Rezab India, Raghuram Rajan; Pengerusi Suruhanjaya Kawal Selia Sekuriti China, Xiao Gang serta Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, Janet Yellen.

“Kami memilih individu-individu (ini) berdasarkan apa yang sedang mereka lakukan dan bukannya pencapaian sebelum ini,” kata Bloomberg Markets.

Majalah itu menggambarkan Idris sebagai tokoh yang “mempermudahkan pelaburan dan perniagaan di Malaysia” melalui dasar ekonomi yang dibentuk untuk membantu negara setanding dengan negara-negara jiran yang lebih membangun.

Majalah itu memilih 10 tokoh dalam lima kategori iaitu pengurus kewangan, pemikir, broker korporat, perbankan dan pembuat dasar.



Dalam reaksinya melalui Twitter, Idris berkata beliau merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, anggota kabinet dan seluruh kakitangan awam.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.