GEMPAR! Mayat Kanak-Kanak Lelaki 5 Tahun Ditemui Di Permatang Tinggi, Pulau Pinang

MAYAT KANAK-KANAK LELAKI 5 TAHUN DITEMUI DI PERMATANG TINGGI

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



MAYAT KANAK-KANAK LELAKI 5 TAHUN DITEMUI DI PERMATANG TINGGI

BUKIT MERTAJAM – Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dipercayai dibunuh ditemui dalam kawasan semak berhampiran ladang sawit di Kampung Tongkang, Permatang Tinggi di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, mayat kanak-kanak itu ditemui selepas pemeriksaan oleh sepasukan polis di kawasan berkenaan kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

“Polis menerima laporan daripada ibu kanak-kanak itu pada Sabtu lepas mendakwa anaknya hilang ketika mereka bersiar-siar di Padang Kota, George Town pada pukul 2.30 petang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata polis yang menjalankan siasatan mendapati keterangan yang diberi wanita berusia 30 tahun itu bercanggah dan mencurigakan menyebabkan wanita itu ditahan bagi membantu siasatan.

“Susulan penahanan itu, polis turut menahan teman lelaki wanita berkenaan di Klang, Selangor bagi membantu siasatan,” katanya, dan menambah, lelaki berusia 24 tahun itu tidak bekerja.

Mazlan berkata, hasil soal siasat yang dijalankan mendapati wanita yang tidak bekerja itu mengaku memukul anaknya hingga mati di rumah mereka di Kulim, Kedah.

“Wanita itu mendakwa anaknya telah mati kira-kira pukul 4.30 petang pada 20 Sept iaitu tiga hari sebelum dia membuat laporan polis berhubung kehilangan kanak-kanak berkenaan.

“Berikutan panik dan enggan kejadian itu diketahui, wanita terbabit dan teman lelakinya bertindak membuang mayat kanak-kanak berkenaan di kawasan semak di Kampung Tongkang,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui mayat itu lengkap berpakaian dan dibungkus dengan selimut serta terdapat beberapa kesan gigitan pada badan kanak-kanak itu.

Polis juga sedang mengesan bapa kanak-kanak berkenaan dan difahamkan lelaki itu dalam proses bercerai dengan wanita yang ditahan, katanya. – BERNAMA

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.