FOTO GAMBAR: Kesihatan Nik Aziz…Walau Uzur, Kesungguhan Tak Pernah Luntur


FOTO GAMBAR: Kesihatan Nik Aziz…Walau Uzur, Kesungguhan Tak Pernah Luntur

Sebut sahaja Datuk Nik Aziz Nik Mat, satu Malaysia sudah tahu siapa orangnya. Bekas Menteri Besar Kelantan itu yang kini sudah mencecah umur 83 tahun selalu dilihat di hospital, bahkan hospital boleh dikatan rumah kedua mereka.

Tapi, tak ramai yang mengetahui tentang status kesihatan sebenar Nik Aziz. Untuk pengetahuan semua, ia benar-benar serius terutamnya di bahagian prostatnya.

Jika dilihat pada gambar terkini beliau, jelas kelihatan beliau memegang satu beg plastik yang mana diperlukan oleh beliau untuk membuang air kecil yang disalurkan terus ke beg plastik tersebut.

Selain itu, beliau juga mengalami masalah jantung yang serius sehingga memaksa beliau memasang bateri untuk menjalani kehidupan sehariannya.

Boleh dikatakan, beliau adalah seorang yang benar-benar komited dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Biarpun dalam keadaan yang uzur, beliau dapat dilihat menghadiri majlis-majlis kerana begitu bersungguh dalam melaksanakan tugasnya.

Walaupun ada yang berbeza politik dengan beliau, tak dapat dinafikan, kesungguhan beliau patut dijadikan contoh, tak kira dalam apa yang kita lakukan - SiakapKeli.com




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.