CUBAAN SOGOK KETUA POLIS BALAI, SEORANG LELAKI DI CEKUP DAN DISERAHKAN KEPADA SPRM.


KERANA CUBA NAK SOGOK KETUA POLIS BALAI, SEORANG LELAKI DI CEKUP DAN DISERAHKAN KEPADA SPRM.

MUAR, 7 Sept - Seorang lelaki ditahan selepas cuba memberi sogokan Wang Tunai kepada penjawat Awam iaitu seorang Pegawai Kanan Polis Ketua Polis Balai dalam satu operasi di kawasan Ladang Bukit Pagoh, 30 kilometer dari sini.

Sepasukan Polis di ketuai oleh Ketua Polis Balai bersama sepasukan anggota Polis membuat operasi dan pemeriksaan di persimpangan Jalan Ladang Pengkalan Bukit, Kampung Sari Baru terhadap kenderaan dan motosikal yang mencurigakan. Semasa membuat pemeriksaan, datang saspek mengeluarkan dari poket sebelah kanan seikat wang tunai dan meminta Polis tidak mengambil tindakan terhadap saspek.

Setelah memberi amaran mencukupi, saspek terus memujuk memberi sogokan namun ditolak oleh Ketua Polis Balai dan terus membuat tangkapan terhadap saspek. Hasil pemeriksaan Polis dapati sejumlah wang tunai dalam ikatan cuba disogok kepada Polis.

Saspek berumur 30an di bawa ke IPD Muar untuk tindakan lanjut dan kes diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia SPRM untuk tindakan lanjut. Saspek dipercayai terlibat kegiatan pengedaran dadah. Hasil ujian saringan air kencing saspek positif Meth dan saspek juga miliki rekod kesalahan lalu di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.