AirAsia Bakal Ambil Pekerja Mas Yang Diberhentikan


AirAsia Sedia Ambil Pekerja Mas Yang Diberhentikan

Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd bersedia untuk mengambil beberapa pekerja Malaysia Airlines (MAS) berikutan rancangan Khazanah Nasional Bhd untuk memberhentikan 6000 kakitangan di bawah pelan penstrukturan semula syarikat penerbangan itu yang dilancarkan lebih dari seminggu yang lalu.

6,000 pekerja mewakili kira-kira 30 peratus daripada jumlah 20,000 keseluruhan tenaga kerja di MAS.

"AirAsia X dan AirAsia yang semakin berkembang, sudah tentu kita sedang berusaha sebaik mungkin untuk mengambil pekerja dan kita sedang melakukannya (menyerap kakitangan MAS).

"Kami telah berkembang daripada 200 pekerja kepada 15,000 dan ramai daripada mereka datang dari MAS," kata Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan kos rendah tersebut, Tan Sri Tony Fernandes kepada pemberita Bernama selepas melancarkan kempen kerjasama, "Fill Up And Fly Free" dengan Petronas Dagangan Bhd di sini hari ini.

Kira-kira 50 peratus daripada pekerja AirAsia dahulunya dengan bekerja dengan MAS.

Penstrukturan semula MAS dijangka menelan belanja RM6 bilion .

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.