PENERBANGAN MALAYSIA AIRLINES (MAS) TIDAK AKAN RUGI JIKA HENTI HIDANG ARAK


MAS TIDAK AKAN RUGI JIKA HENTI HIDANG ARAK

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sedia menggerakkan orang ramai melakukan bantahan jika MAS terus menyediakan arak dalam penerbangannya.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, MAS perlu menampilkan imej Islam bersesuaian dengan status Malaysia sebagai negara Islam.

“Banyak syarikat penerbangan di negara-negara Islam telah menghentikan hidangan arak dalam penerbangan. Mengapa kita tak boleh?

“Ini bukan isu baru, PPIM telah lama bantah hidangan arak dalam pesawat namun, tidak diendahkan," katanya.

Menurut Nadzim, MAS tidak akan rugi jika menghentikan hidangan arak.

“Keuntungan sebenar bukan daripada arak, tetapi datangnya daripada perkhidmatan terbaik syarikat berkenaan.

“MAS tidak perlu tunduk kepada permintaan penumpang sebaliknya perlu mencari alternatif lain menggantikan minuman keras itu,” katanya.

Menurutnya lagi, pihak pengurusan syarikat penerbangan itu perlu mengikut syariat Islam supaya pendapatan yang diperoleh mendapat keredaan ALLAH.

“Bukan saja soal penyediaan arak, tetapi dari segi pemakaian perlu ditekankan kerana setiap tahun jumlah pengunjung Islam dari serata negara berkunjung ke mari. Jadi bagaimana dengan tanggapan mereka kepada kita?

“Jangan jadikan alasan memperoleh keuntungan kita sanggup menggadaikan agama sendiri,” katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.