MH17 : Majlis Perkabungan UMS sempena Hari Perkabungan Negara

Foto: Bahagian Perhubungan Korporat UMS

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Mangsa Tragedi Mh17 : Pensyarah UMS, Ng Shi Ing antara yang Terkorban

Seorang pelajar tahun akhir program Pendidikan dengan TESL, Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyifatkan mendiang Ng Shi Ing sebagai penyuntik semangat kepada beliau dan rakan-rakannya.

Jaclyn Yau, yang dilihat hadir bersama beberapa orang rakannya kelihatan sebak ketika meletakkan beberapa kuntum bunga berdekatan bingkai gambar mendiang sebagai simbolik penghormatan terakhir.

Picture
Kakitangan dan pelajar berkabung atas kematian pensyarah Ng Shi Ing di Universiti Malaysia Sabah di Kota Kinabalu semalam. Gambar oleh Izhari Ariffin


“Mendiang selalu menasihatkan kami untuk mencari setiap potensi diri walaupun ianya kecil. Beliau sangat disayangi oleh pelajar-pelajarnya kerana sifatnya yang ramah dan suka membantu. Kami sangat terasa akan kehilangannya,” katanya.


Pemergian Ing Shi Ing atau lebih dikenali dengan nama timangan JC, turut dirasai oleh seorang jiran dan rakan sekerja mendiang, Prof. Madya Mat Zin Mat Kib.

Picture
Ng Shi Ing dalam perjalanan bersama anak lelakinya Benjamin yang berusia setahun dan adik perempuannya, Elizabeth Ng. Mereka kemudian menghabiskan masa di Estonia sebelum menaiki MH17 dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

“Beliau ialah seorang jiran yang baik dan rakan akademik yang selalu bertukar pendapat dalam sesi akademik. Saya sangat merasa kehilangan seorang sahabat. Saya mengharapkan keluarga JC dapat menerima pemergian ini dengan hati yang tenang,” ujar beliau ketika ditemui selepas Majlis Perkabungan anjuran FPP.

Pada Istiadat Sambutan Penerimaan Jenazah Mangsa MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi turut membawa abu mayat adik kepada mendiang Ng Shi Ing, iaitu Elisabeth Ng Lye Ti. –ZMD

JC Tinggalkan Kenangan Dihati Warga UMS. Semoga bersemadi dengan tenang- JC Ng Shi Ing, Elisabeth Ng Lye Ti, Benjamin Lee Jian Han

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.