Dua model yang berpakaian separuh hanya dijatuhi hukuman denda RM400


"PENGANTIN" SEPARUH BOGEL MENGAKU BERSALAH KETIKA DITUDUH DI MAHKAMAH ATAS KESALAHAN MENIMBULKAN KEGUSARAN AWAM.

Dua model yang berpakaian separuh bogel ketika sesi fotografi di lampu isyarat Jalan Sultan Yusof dekat Padang Ipoh di sini kelmarin, masing-masing dijatuhi hukuman denda RM400 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini.

Majistret Haslinda A Raof mengenakan hukuman itu terhadap tertuduh lelaki, Low Kah Wai, 27, dari Petaling Jaya, Selangor dan tertuduh wanita, How Jo Yee, 21, dari Marang, Terengganu selepas mereka mengaku salah.


Mereka didakwa secara bersama mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan (KK) iaitu satu kesalahan yang menyebabkan kegusaran am kepada orang awam di lampu isyarat dan berdepan Bank CIMB di jalan berkenaan pada jam 9 pagi 25 Ogos.


Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 290 KK yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yag sama, sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM400.


Mengikut fakta kes Kah Wai hanya memakai seluar panjang hitam dan berkasut manakala Jo Yee memakai coli dan seluar dalam putih ketika melakukan kesalahan itu.


Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala kedua-dua tertuduh oleh Andrew Soong.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.