Header Ads

Up2date Terkini!
recent

Pesawat Air Algerie disahkan terhempas, nasib 110 penumpang, 6 krew masih tidak diketahui


Pesawat Air Algerie pula terhempas, nasib 110 penumpang, 6 krew masih tidak diketahui

Pesawat Air Algerie yang membawa 110 penumpang dan enam anak kapal disahkan terhempas dilaporkan di Nigeria selepas hilang dari radar awal Khamis ketika dalam penerbangan dari Burkina Faso ke Algeria.


Laporan awal menyebut pihak berkuasa penerbangan Algeria mengesahkan insiden tersebut.

"Saya mengesahkan pesawat itu telah terhempas," kata seorang pegawai yang enggan dikenali kepada Reuters. Bagaimanapun perincian kedudukan sebenar pesawat tersebut terhempas masih tidak jelas, bagaimanapun laporan awal CCTV dan TV Algeria menyebut kejadian adalah di Nigeria.

Jurucakap syarikat penerbangan persendirian Sepanyol mengesahkan tidak dapat menghubungi salah sebuah pesawat yang dikendalikan oleh Penerbangan Algeria. Pesawat tersebut adalah MD83 penerbangan AH5017.

"Navigasi udara terputus hubungan dengan pesawat Air Algerie yang terbang dari Ouagadougou ke Algeria, kira-kira 50 minit selepas berlepas," katanya. to Algiers, 50 minutes after take-off,"the airline said.

Menteri Pengangkutan Perancis, Frederic Cuvillier memberitahu pemberita, kemungkinan ramai rakyat negara itu menjadi penumpang pesawat malang itu.

"Terdapat 110 penumpang dan enam kapal di dalam pesawat tersebut di mana dua adalah juruterbang dan empat lagi krew kabin," kata Swiftair dalam kenyataannya. Enam anak kapal itu terdiri adalah warga Sepanyol. -- Agensi

No comments:

Powered by Blogger.