#MH17 : Pesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine


Pesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine

MOSCOW - RUSIA. [DIKEMASKINI] Media barat melaporkan sebuah pesawat penumpang Malaysia yang dinaiki 295 orang terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.


Pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines dilaporkan terhempas di ruang udara Ukraine, berhampiran sempadan Rusia, utara Eropah.

Dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam.
Berita tersebut baru sahaja tersebar di media sosial menunjukkan dua buah gambar kepulan asap didakwa dari pesawat MH17. Laman berita terkenal seperti Mashable dan The Huffington Post turut melaporkan kejadian itu.



Seramai 295 penumpang berada dalam pesawat tersebut. Laporan awal mengatakan Pesawat MH17 telah ditembak mati oleh peluru berpandu darat ke udara.



Pesawat itu berlepas dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur yang dijangka tiba tepat 6 Pagi waktu Malaysia.

Hmmmm last selfie.. apa dosa kanak2 ini..#PRAYFORMH17


Laporan menyusul....



























Amsterdam ke Kuala Lumpur

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.