Lelaki diikat Orang Awam Kerana Mencuri di Donggongon Sabah


Berita Sabah : Lelaki Ditahan Orang Awam Kerana Mencuri di Donggongon 10/07/2014

Ini pula berkaitan sekeping gambar lelaki yang ditangkap oleh orang awam dan dimuatnaik di laman sosial menjadi tanda tanya umum kerana maklumat yang tidak lengkap.

Seorang lelaki berusia yang berumur sekitar 40-an ditangkap oleh orang awam kerana mencuri wang tunai dan 1 unit Ipad dari salah seorang Peniaga di Buhavan Square Pekan Donggongan, Penampang.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 11 pagi itu disebarkan secara meluas di laman sosial melalui beberapa keping gambar yang dikongsikan.

Suspek yang ditahan turut diikat tangannya di sebatang tiang bagi mengelakkan dia terlepas sementara menunggu pihak Polis datang.



Suspek kemudian diserahkan kepada Pihak Polis dibawa ke IPD Penampang dan akan direman untuk siasatan lanjut.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.