Header Ads

Up2date Terkini!
recent

ATM Siap Siaga perangi Militan Sulu jika serang Tambunan Sabah


ATM kekal tahap siapsiaga hadapi ancaman di Sabah - 

Kuala Lumpur: Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memberi amaran kepada kumpulan militan Sulu agar mempertimbangkan semula agenda untuk masuk ke Tambunan, Sabah kerana kehadiran mereka akan ditentang habis-habisan.


Zulkifeli ketika dihubungi BH semalam, memberitahu kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasukan keselamatan lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menghadapi apa juga ancaman yang menggugat keamanan negara sentiasa berada di tahap tertinggi.


“Sejak Ops Daulat dilancarkan Mac lalu, tahap kesiapsiagaan ATM dalam melakukan operasi kawalan dan pemantauan di seluruh Sabah terus dikekalkan sehingga ke hari ini dan sudah tentu kita juga sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi apa saja bentuk ancaman.

“Usah pandang rendah keupayaan kami. Sekiranya mereka (militan Sulu) mahu datang (masuk Tambunan), datanglah. ATM akan mengambil tindakan sewajarnya kerana kita sentiasa bersiap sedia,” katanya.

Katanya, terpulang kepada kumpulan militan Sulu sekiranya mereka mahu meneruskan agenda untuk menceroboh Sabah sekali lagi namun pihaknya tidak akan sekali-kali membenarkan perkara itu berlaku.

Zulkifeli berkata demikian susulan siasatan Polis Sabah terhadap surat berbaur ugutan didakwa ditulis militan Sulu yang mendakwa mereka akan datang ke Tambunan, bulan depan untuk balas dendam terhadap insiden yang berlaku di Lahad Datu, Februari lalu.

Ahmad Zahid menyampaikan replika cek kepada Pengarah Jabatan Pasukan Petugas Khas PDRM, Mohamad Fuzi Harun (kanan) sambil diperhatikan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad (kiri) dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (tengah) di Putrajaya, semalam.
Tahap keselamatan tak akan tergugat

Di Kota Bharu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata tahap keselamatan negara kini berada pada peringkat optimum dan tidak akan tergugat walaupun ada khabar angin yang mengatakan pengganas Sulu mahu menceroboh Sabah menjelang bulan depan.

Katanya, negara kini mempunyai sejumlah pegawai dan aset di peringkat optimum serta berada dalam keadaan siap sedia khususnya di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).



“Kita memang ada menerima surat ugutan yang kononnya ada usaha pengganas Sulu hendak masuk ke Sabah dan dalam surat berkenaan, ada disebutkan akan masuk pada Ogos depan.

“Saya nasihatkan penduduk di Sabah supaya jangan khuatir mengenai surat berkenaan. Jangan dengar khabar angin yang tujuannya hendak menimbulkan kerisauan kepada penduduk Sabah,” katanya selepas melawat Inspektor Farid Hasni Mamat yang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, di sini, semalam.

No comments:

Powered by Blogger.