Laporan dan Video Pergaduhan di Pasar Ikan Keningau Sabah


Mangsa Pergaduhan di Pasar Umum keningau - by Alvin Joseph Abenjoseph

SILA LIHAT VIDEO PERGADUHAN DI PASAR UMUM KENINGAU di BAWAH. BERIKUT ADALAH LAPORAN SUSULAN DARIPADA SAKSI KEJADIAN


Tarikh dan Masa Kejadian:
01,06,2014 @ 1730hrs

Mangsa:
1. Pengadu sendiri
Kecederaan/ ditetak dengan menggunakan parang di siku tangan sebelah kiri dan menerima 5 jahitan. Mangsa telah mendapat rawatan di Hospital Keningau sebagai pesakit luar.

2. Analem Tony Bin Malip, L/31 thn, 830421-12-5841, K/sendiri, B/Murut, Alamat KG Mamogun Dalit Sook. Kecederaan di muka terjatuh di jalan raya semasa melarikan diri. Mangsa dirawat sebagsi pesakit luar.



3.Manayon Raw Palanok, L/39thn, 750407-12-5669, K/Sendiri, B/Murut, Alamat KG Binanon Nabawan. Kecederaan di kepala sebelah kiri di atas telinga, akibat ditetak dengan menggunakan parang. Menerima 11 jahitan. Mangsa masih berada di wad dalam keadaan stabil dan dalam pemantauan doktor.



Harta hilang:
1 Mykad pengadu, Kad ATM MyBank/ CIMB Bank, Buku Akaun BSN / Buku akaun ASB dan Lesen memandu semuanya milik pengadu.

Fakta Kes:
Pada 01.06. 2014 jam 2125hrs satu laporan polis telah dibuat oleh pengadu yang mengatakan pada 01.06.2014 jam lbk 1730hrs pengadu bersama saudaranya bernama Analem Tony dan Manayon telah mengalami kecederaan akibat diserang oleh sekumpulan lelaki dalam lingkungan 7 hingga 8 orang dengan menggunakan benda tajam iaitu parang, besi dan kayu. Pengadu bersama dua saudaranya mengalami kecederaan seperti yg dinyatakan di atas. pengadu yang cuba melarikan diri bersama 2 saudaranya telah dikejar dan diserang oleh sekumpulan lelaki tersebut. Semasa pengadu melarikan diri dompetnya telah terjatuh dan barang-barang yang hilang seperti dinyatakan di atas.

Dalam siasatan awal polis, punca kejadian ini adalah disebabkan perselisihan faham di antara salah seorang saudara pengadu dengan salah seorang kumpulan saspek tersebut. Pengadu bersama kumpulanya yang minum minuman keras jenis Tiger di kedai karoake Gracia berdekatan dgn Pasar Umum sejak jam 3.00 petang telah mengajak 4 perempuan untuk minum bersama dengan mereka. Oleh kerana perasaan marah, seorang lelaki (saspek) telah memukul salah satu saudara pengadu iaitu Eddy di luar kedai. Eddy kemudian memberitahu pengadu. Pengadu bersama Analem dan Manayon telah mengejar lelaki tersebut yg melarikan diri ke arah kawasan Pasar Umum. Apabila pengadu dan 2 saudaranya tiba di kawasan Pasar Umum, Pengadu melihat 7 hingga 8 orang lelaki menanti mereka di kawasan tersebut. Pengadu bersama dua rakanya telah melarikan diri, pengadu telah ditetak di tangan, Analem Tomny pula cedera terjatuh ketika cuba melarikan diri manakala Manayon semasa melarikan diri, beliau terjatuh dan masa itulah beliau ditetak di kepala dengan 1 tetakan. Ketiga2 mereka sempat melarikan diri dan di hantar ke hospital oleh pakcik pengadu untuk mendapat rawatan.

KBSJD Keningau bersama AIO kes telah melawat mangsa di hospital keningau. Pengadu menyatakan tiada saksi yang nampak kejadian tersebut. Manakala jenis parang yang digunakan ialah parang memotong daging berwarna silver dan di kawasan Pasar Umum tidak ada penghuni yang menjual pada masa itu. KBSJD bersama AIO kes dan 3 Detektif juga melawat tempat kejadian yang dipandu arah oleh pengadu sendiri.

Di tempat kejadian didapati kawasan tersebut sunyi dan tidak ada kesan titisan darah dan benda tajam, besi atau parang hanya kayu dan selipar yang berselerak di tempat kejadian. KBSJD mengarahkan anggota detektif mengambil gambar di tempat kejadian dan mencari kesan bukti peninggalan suspek. Tiada CCTV dan sekuriti di kawasan pada masa kejadian tersebut.

Tindakan AIO:
1. Melawat mangsa di hospital Keningau
2. Mengambil gambar di tempat kejadian.
3.Melukis rajah kasar
4.Mengesan senjata tajam dan kesan bukti.
5.Merakam percakapan Pengadu
6. Mengarahkan anggota detektif mengesan suspek.

Untuk makluman YDH tuan. Sekian terima kasih.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.