Keluarga penumpang tawar ganjaran US$3 juta untuk cari bawa balik pesawat #MH370


MH370: Keluarga tawar ganjaran US$3 juta

SHAH ALAM – Keluarga dan waris penumpang MH370 dari beberapa negara menawarkan ganjaran sebanyak US$3 juta (RM9.6 juta) kepada mana-mana individu atau pihak yang mempunyai maklumat penting yang membawa kepada penemuan MH370.

Sejak Isnin lalu, beberapa negara yang terlibat melancarkan kempen "Reward MH370: The Search for the Truth" bagi mengutip dana untuk dijadikan ganjaran kepada pemberi maklumat tentang kehilangan pesawat MH370.

Seperti yang dilaporkan melalui Astro Awani, antara beberapa negara yang terlibat dalam kutipan dana tersebut ialah dari Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Perancis dan India.

Kempen tersebut dilancarkan berikutan dengan ketidakpuasan hati para keluarga penumpang MH370 yang tidak diberikan maklumat lengkap dan bukti yang kukuh tentang kehilangan pesawat MAS terbabit.

Daripada jumlah itu, US$3 juta (RM9.6 juta) akan menjadi ganjaran kepada pemberi maklumat tentang kehilangan pesawat itu.

Baki US$2 juta (RM6.4 juta) adalah untuk membiayai penyiasat persendirian yang dapat memberikan maklumat baharu.

Menurut salah seorang waris penumpang, Sarah Bajc, dia yakin bahawa ada pihak atau indidvidu sedang menyembunyikan maklumat penting mengenai kehilangan pesawat terbabit.

"Kami mengambil inisiatif sendiri. Jika terdapat bukti bahawa pesawat itu terhempas di dalam air, atau kusyen tempat duduk, saya akan mengambil pendekatan yang  berbeza. Tetapi  tiada apa-apa ditemui.

"Tiada kepastian di sini, tetapi kami percaya bahawa kami perlu mencuba sesuatu, jika kita hanya duduk dan membiarkan misi pencarian ini diteruskan, saya fikir ianya tidak akan selesai," katanya menerusi akhbar USA Today.

Setakat ini, jumlah yang disasarkan untuk dikutip ialah US$5 juta (RM16 juta) melalui laman web Indiegogo.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.