Gangguan Elektrik di Tenom pulih Sepenuhnya Ahad Ini

Bekalan Elektrik Di Daerah Tenom Dijangka Pulih Sepenuhnya Ahad Ini - Sudah 3 hari lebih 40 ribu penduduk Tenom bergelap akibat Pencawang Utama SESB Terbakar.. Penduduk pekan hanya bergantung dengan Genset yang di bekalkan SESB namun tidak semua kedai mendapat bekalan... Mohon SESB percepatkan pembaikan, pekedai dan penduduk kampung menanggung kerugian yang amat membebankan... - Jamawi Jaafar(Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia)

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



KOTA KINABALU, 5 Jun (Bernama) -- Bekalan elektrik di Tenom, kira-kira 173 kilometer dari sini, yang terjejas akibat kebakaran satu daripada set alat ubah di Pencawang Masuk Utamanya (PMU) di daerah itu pada 3 Jun lalu dijangka pulih sepenuhnya Ahad ini.

Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dalam kenyataannya Khamis berkata kakitangannya kini bekerja 24 jam tanpa henti untuk membaiki set alat ubah yang rosak teruk akibat kebakaran kira-kira 5.42 pagi itu bagi memulihkan bekalan elektrik di daerah berkenaan.

"Kejadian kerosakan ini juga mengakibatkan pihak SESB tidak lagi dapat menyalurkan bekalan seperti biasa iaitu melalui Sistem Rangkaian Grid kepada daerah Tenom.

"Bagi menampung sebahagian permintaan bekalan elektrik di kawasan berkenaan, pihak SESB telahpun memasang 10 set janakuasa bergerak dengan keupayaan 4.2MW untuk tujuan itu sementara menunggu kerja-kerja pembaikan siap," kata SESB.

Menurut kenyataan itu, dua lagi set janakuasa yang dibawa daripada daerah lain dijangka tiba di Tenom esok dengan keupayaan menjana elektrik tambahan sebanyak 1.5MW menjadikan jumlah tenaga yang dijana melalui janakuasa bergerak kepada 5.7MW.

Picture
Hari ke dua Pejabat Daerah Tenom menjalankan tugas melayan pelangan tanpa bekalan letrik berikutan kerosakan teruk dipusat pencawang utama di Taman Bahagia Tenom. Pencawang dekat Stesen Keretapi Tenom. Segala-galanya tidak berfungsi. Airkon, computer, Lampu dan kipas. Sabar sajalah yang penting BERKHIDMAT UNTUK MESYARAKAT DAN NEGARA. - Jubinz Kinsil

Bagaimanapun, SESB mengakui kesemua set janakuasa yang dipasang itu masih tidak dapat menampung permintaan tenaga elektrik untuk keseluruhan daerah itu yang mana rekod permintaan tertinggi adalah sebanyak 7.2MW sehari.

Sambil memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi pengguna, kenyataan itu berkata sementara menunggu bekalan pulih sepenuhnya, pihaknya akan melaksanakan catuan bekalan elektrik secara bergilir terhadap semua pengguna di Tenom.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.