PM sahkan Dua wanita diculik di Sabah berjaya dibebaskan


Dua wanita diculik di Sabah berjaya dibebaskan - PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diberi taklimat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), memaklumkan bahawa dua wanita yang diculik dari sebuah resort di Sabah pada April lalu berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa negara ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Najib menerusi posting terbarunya di laman Twitter beliau @NajibRazak, sebentar tadi.



“Kita sedang mengambil langkah-langkah wajar untuk menghantar tebusan warga China itu pulang ke negara asal mereka dengan segera,” katanya.

Najib berkata, tiada wang tebusan dibayar bagi membebaskan mereka dan kejayaan pembebasan mereka itu berdasarkan kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina.

“Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat,” katanya.



Dua wanita yang diculik ialah Gao Huayuan warga China dan Marcy Dayawan dari Filipina.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.