Header Ads

Up2date Terkini!
recent

Pasukan pencari MH370 Australia tamatkan misi di Lautan Hindi


MH370: Pasukan pencari Australia tamatkan misi di Lautan Hindi

Perth: Pasukan pencari Australia menamatkan misi di Lautan Hindi semalam dan memutuskan kawasan itu ‘tidak boleh dianggap sebagai lokasi berakhirnya pesawat MH370’.

Penyiasat kini perlu kembali ke titik asal pencarian bagi menentukan apa yang berlaku terhadap pesawat Boeing 777 yang membawa 239 penumpang dan kru itu.



Tidak lama selepas kehilangan MH370, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dilaporkan berkata ia mempunyai kaitan dengan ‘tindakan disengajakan’ seseorang dalam pesawat.

Dalam satu sidang media, beliau berkata, bukti satelit menunjukkan transponder pesawat ditutup dan ia menukar haluan sejurus sebelum hilang.



Pesawat itu dianggar mempunyai bahan api mencukupi untuk terbang sejauh 3,540.56 kilometer selepas hilang.

Pasukan Data WYNC berkata, pesawat itu berpotensi mendarat di 634 landasan berdasarkan saiznya, merangkumi bahagian utara seperti Pakistan hingga selatan seperti pantai barat Australia dan Jepun.

Lokasi terpencil lain termasuk Micronesia, Mongolia dan Maldives. Najib tidak menyebut pesawat itu dirampas tetapi ungkapan ‘tindakan sengaja’ itu lebih merujuk kepada perbuatan khianat.

Pencarian dasar laut pesawat itu akan dihentikan beberapa bulan sehingga peralatan sonar lebih berkuasa dibawa masuk untuk mencari di kawasan lebih luas berdasarkan analisis data satelit kemungkinan laluan diambil.



Bersandarkan analisis itu, pihak berkuasa percaya MH370 mengubah haluan secara mendadak dari laluan sebenarnya dan terbang arah selatan Lautan Hindi.


Misteri penerbangan membingungkan 

Namun, tiada sekeping pun bangkai pesawat Boeing 777 itu ditemui, sekali gus menjadikannya sebagai antara misteri penerbangan paling membingungkan.

Ia susulan kenyataan Tentera Laut Amerika Syarikat menolak laporan seorang pakar Amerika bahawa `ping’ yang dikesan April lalu bukan daripada kotak hitam pesawat terbabit.



CNN melaporkan kenyataan Timbalan Pengarah Awam Kejuruteraan Lautan Tentera Laut, Michael Dean, bahawa kebanyakan negara bersetuju bunyi yang dikesan pengesan ping adalah daripada sumber buatan yang tiada kaitan dengan MH370.

Bagaimanapun, jurucakap Tentera Laut Amerika, Chris Johnson, menyifatkan ulasan Dean itu sebagai spekulasi dan tidak dapat disahkan.

“Kita perlu terus berusaha untuk memahami data diperoleh Towed Pinger Locater,” katanya sambil merujuk kepada Australia dan Malaysia dalam satu kenyataan. - AGENSI

No comments:

Powered by Blogger.