Lautan Hindi disahkan Bukan Lokasi MH370 Berakhir


Kawasan Lautan Hindi di mana isyarat akustik dikesan dan pencarian dasar laut dilakukan, hari ini disahkan bukan lagi lokasi terakhir MH370.

Pusat Penyelaras Koordinasi Agensi Bersama Australia (JACC) menyatakan rumusan yang dikeluarkan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) menunjukkan kawasan itu bukan lokasi berakhirnya MH370.

Menurut kenyataan JACC, ATSB menasihatkan pencarian di kawasan berhampiran di mana isyarat akustik dikesan kini boleh dianggap selesai dan dalam rumusan profesionalnya, kawasan itu bukan lagi lokasi terakhir MH370.

“Bluefin-21 sudah melengkapkan misi terakhir pencarian di kawasan berhampiran isyarat akustik dikesan pada awal April lalu oleh alat Towed Pinger Locator yang diturunkan kapal ADV Ocean Shield mengikut had kedalaman operasinya.

“Data yang dikumpul pada misi terakhir semalam sudah dianalisis. Hasilnya, JACC boleh menyatakan bahawa tiada tanda-tanda serpihan pesawat ditemui oleh Bluefin sejak ia menyertai usaha mencari itu,” menurut kenyataan JACC.



Sejak menyertai usaha mencari pesawat MH370, Bluefin-21 telah melakukan misi pencarian di kawasan dasar laut seluas 850 kilometer persegi.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.