Kes budak yang cuba dilemaskan dan diperlakukan kejam oleh suspek terjun Sungai Klang


Kes Bunoh Membabitkan Kanak-Kanak.

Pada 29.5.2014 jam 9.00 malam, pihak polis telah menerima satu panggilan telefon dari orang awam, memberitahu telah ternampak seorang lelaki, sedang cuba untuk melemaskan seorang kanak2 di tepi Sg. Klang berhampiran dengan Station KTM Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur.

Bertindak dari maklumat tersebut sepasukan polis yg tiba di tempat kejadian telah menemui seorang kanak2 berusia lebih kurang 2 tahun 6 bulan, di dalam keadaan tertiarap lengkap berpakaian, mengalami cedera parah dibahagian belakang kepala pecah akibat hentakkan dan kepalanya terputus dari badan.


Mayat kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun yang dibunuh dengan kejam, dituntut oleh ahli keluarganya di Hospital Kuala Lumpur jam 3.30 petang. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Batu Muda, Batu Caves.


Turut ditemui ditempat kejadian pecahan ceramic bersama kesan2 darah dan sepasang selipar disyaki milik suspek.



Siasatan polis telah berjaya mengesan ibu mangsa berusia 32 tahun, tidak mempunyai pekerjaan hidup secara gelandangan di Bandaraya Kuala Lumpur.



Keterangan ibu mangsa menyatakan semasa melepak bersama rakannya di tkt 4 Kotaraya pada jam 3 petang, ibu mangsa telah pergi ke tandas, sambil meminta kawannya yg sama2 melepak untuk mengawasi anaknya.



Lebih kurang 5 minit, semasa keluar dari tandas ibu mangsa dapati anaknya telah tiada dan kemudiannya telah pergi ke tandas dan minta kawan2nya jagakan anaknya sebentar. Sebaik keluar dari tandas, ibu mangsa mendapati anaknya telah tiada bersama-sama rakanya yg sedang melepak. Ibu mangsa bersama-sama rakan cuba mencari anaknya di sekitar bangunan kota raya tetapi gagal menemui anak mangsa.



Hasil dari maklumat awam, seorang saksi ternampak seorang lelaki dipercayai berbangsa India, sedang mendukong seorang kanak-kanak menyusuri Sg. Klang. Orang awam berkenaan turut melihat lelaki berkenaan merebahkan kanak-kanak berkenaan, sambil menghempaskan sesuatu ke kepala kanak-kanak berkenaan dan melakukan sesuatu dileher kanak-kanak tersebut.

Melihat kejadian itu orang awam bersama beberapa orang awam bergegas untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan sebaliknya lelaki tersebut terus memukul kepala kanak2 berkenaan.

Sewaktu saksi berkenaan menghampiri tempat kejadian lelaki berkenaan melarikan melarikan diri dan terjun ke dalam Sg. Kelang. Orang awam yg cuba menangkap lelaki berkenaan menyusuri Sg. Klang bagi mengekori lelaki yang berada di dalam Sungai Klang, dan nampak lelaki tersebut tengelam timbul, terus hilang dibawa arus dan mempercayai lelaki berkenaan lemas dibawa arus Sg. Kelang.

Polis melancarkan gerakan memburu seorang lelaki warga asing yang terlibat dalam kes melarikan dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun semalam. Operasi tertumpu di kawasan berdekatan Sungai Klang di Jalan Tun Sambanthan. Dalam kejadian petang semalam, mangsa dilapor dilarikan sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan kepalanya dipotong.


Pihak polis yg dimaklumkan mengenai maklumat ini telah menjalankan gerakan pencarian ke atas lelaki yang dimaksudkan. Gerakan pencarian dihentikan disebabkan keadaan cuaca semakin gelap.



Siasatan ditempat kejadian, pihak polis berjaya mengesan pergerakan mangsa ( kanak-kanak ) sedang diekori oleh seorang lelaki berkulit gelap yg disyaki suspek yg bertanggung jawab melarikan kanak-kanak tersebut.



Kes ini dikelasifikasikan sebagai kes bunoh yang disiasat di bawah sek. 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital HKL utk dibedah siasat.

Motif mengenai kejadian masih disiasat. Gambar suspek yang sedang dikesan disertakan. Mohon hubungi Balai Polis berdekatan jika ternampak atau mengetahui dimana lokasi suspek.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.