YB Karpal Singh Maut Dalam Kemalangan Di Gopeng


Terkini! Karpal Singh Maut Dalam Kemalangan Di Gopeng. Ahli Parlimen Jelutong, Karpal Singh dikatakan mati akibat kemalangan maut sebentar tadi di Lebuh raya Utara Selatan.

GOPENG- Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang juga bekas Pengerusi DAP di khabarkan terlibat dalam kemalangan ngeri di lebuhraya utara selatan berhampiran Gopeng.Kenderaan jenis Toyota Alphard putih milik Ahli Parlimen Bukit Gelugor ini yang mempunyai Jata Ahli Parlimen dilihat dalam keadaan teruk.

Sumber dari Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Batu Rozan Azen Mat Rasip mengesahkan kemalangan tersebut serta memaklumkan Karpal Singh turut terbunuh dalam kejadian sebentar tadi.




Turut terkorban dalam kemalangan kira-kira pukul 1.30 pagi itu ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez.

Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.t. Sedihnya hati bila mendengar Berita ni.

YB Karpal Singh telah meninggal dunia...

Beliau bersama pembantu peribadinya meninggal dunia ditempat kejadian..berlanggar dengan lori 3 tan..accident di KM306.1 arah utara..

Sbg saudara dalam memperjuangkan keadilan utk malaysia..Kami dari KBSB mengucapkan takziah kpd keluarga YB Karpal..kami kehilangan seorang yg berani utk memperbetulkan Malaysia walaupun dilanyak kiri dan kanan..

We are consumed with sadness to learn of the tragic loss of YB Karpal Singh.
RIP
~AJ

Sumber :mykmunet, KBSB

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.