Header Ads

Up2date Terkini!
recent

Sekitar Lawatan Terakhir hari ke 3 Barrack Obama di Malaysia (Foto Gambar Penuh)


Obama akhiri lawatan ke Malaysia, berlepas ke Manila. PRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama melambai tangan sebelum berangkat ke Manila menaiki pesawat 'Air Force One' di Lapangan Terbang TUDM Subang, hari ini bagi meneruskan lawatan kerja ke Asia.

SUBANG: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dengan pesawat Air Force One yang membawanya berlepas ke Manila, Filipina jam 10.20 pagi ini dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

Lawatan obama melakar sejarah dalam tempoh 50 tahun selepas lawatan pertama oleh Presiden Lyndon B. Johnson.










Antara yang hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada Obama ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Barack Obama melambai tangan sebelum berangkat ke Manila menaiki Air Force One di Lapangan Terbang #TUDM Subang.
Destinasi seterus presiden AS ialah Filipina, hentian terakhir dalam siri lawatan beliau ke empat negara Asia.

Sebelum Malaysia, beliau melawat Jepun dan Korea Selatan.

Atur cara terakhir Obama adalah menyaksikan pemeteraian beberapa perjanjian komersial antara syarikat Malaysia dan Amerika bernilai AS$2 bilion dalam sektor penerbangan, bioteknologi dan insurans.



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut hadir pada majlis itu yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Kedua-dua pemimpin mengadakan mesyuarat dua hala di pusat pentadbiran Malaysia di Putrajaya pada Ahad yang menyaksikan Malaysia dan AS bersetuju untuk meningkatkan hubungan dua hala kepada Perkongsian Komprehensif.

AS juga berjanji untuk terus membantu Malaysia dalam operasi dan penyiasatan untuk mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac.

Sepanjang lawatan itu, Obama antara lain menghadiri sesi perjumpaan tidak formal dengan pemimpin belia dari Asia Tenggara dan melawat Masjid Negara.



Presiden juga menghadiri jamuan negara bersama-sama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara beberapa jam selepas tiba di negara ini kelmarin. - BERNAMA

No comments:

Powered by Blogger.