Header Ads

Up2date Terkini!
recent

Pesawat ringan terhempas di Kota Bharu, juruterbang Parah.


SEBUAH pesawat ringan jenis Piper Warrior yang menjalani latihan terhempas menyebabkan pemandu pesawat cedera di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

KOTA BHARU: Sebuah pesawat ringan yang sedang menjalani latihan terhempas di kawasan lapang di Taman Kurnia Jaya, di sini, menyebabkan juruterbangnya cedera.

Berikutan nahas jam 12.45 tengahari itu, juruterbang pelatih berusia 20 tahun itu tersepit hampir 30 minit sebelum dikeluarkan pihak bomba.



Difahamkan, mangsa mengendalikan pesawat jenis Piper Worrior II seorang diri sebelum hilang kawalan dan terhempas.





Mangsa yang berasal dari Kampung Pandan, Selangor dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab 11.


Sementara itu, BERNAMA melaporkan seorang saksi yang juga penduduk berhampiran, Mohd Zairie Ismail, 43, berkata ketika kejadian beliau sedang mengemas rumah sebelum melihat sendiri kapal terbang itu terhempas kira-kira 100 meter dari rumahnya.



"Saya dengar bunyi pelik sebelum melihat sebuah kapal terbang melintas di atas bumbung saya, kemudian kapal terbang itu berpusing dahulu sebelum ia terhempas di kawasan lapang di hadapan rumah saya.



"Saya kemudiannya pergi menyelamatkan mangsa yang tersepit sebelum orang ramai datang untuk membantu dan memberitahu pihak bomba," "

No comments:

Powered by Blogger.