#OBAMAinKL : Lawatan Barrack Obama Perkenal Cyberjaya peringkat global


Perkenal Cyberjaya peringkat global

Cyberjaya: Lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama ke Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) hari ini secara tidak langsung akan memperkenalkan Cyberjaya ke peringkat global.


Pengarah Urusan Cyberview Sdn Bhd, Faris Yahaya, berkata lawatan berkenaan juga mampu menarik lebih ramai pelabur dari AS untuk meneroka peluang perniagaan di Malaysia.

Profil antarabangsa 

“Malah lawatan beliau (Obama) ke sini juga akan memberi satu titik aras bahawa Cyberjaya mempunyai profil antarabangsa.

“Sehingga kini sudah ada 43 syarikat teknologi yang bertapak di Cyberjaya, 21 daripadanya milik syarikat AS, oleh itu kita berharap lawatan Obama akan menguatkan lagi kepercayaan pelabur AS terhadap Cyberjaya,” katanya kepada pemberita pada Majlis Magic Run di sini, semalam.


Faris juga meluahkan rasa bangga apabila Cyberjaya dipilih sebagai salah satu daripada kawasan yang akan dilawati Obama sepanjang tiga hari lawatannya ke Malaysia.






Kawasan strategik riadah



Mengulas mengenai program berkenaan, Faris berkata, acara itu diadakan untuk memperkenalkan Cyberjaya kepada masyarakat yang sering kali menganggap kawasan berkenaan hanya menempatkan syarikat teknologi.





Katanya, selepas program berkenaan dianjurkan, rata-rata mereka baru mengetahui bahawa Cyberjaya juga mempunyai taman perumahan dan kawasan strategik untuk beriadah..

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.