Malaysia tandatangani MOU bernilai AS2bilion dengan Amerika Syarikat

Najib, Obama saksi pemeteraian 3 MoU firma Malaysia, AS. PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menyaksikan pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman (MoU) antara syarikat Malaysia dan AS membabitkan pelaburan bernilai AS$2bilion di Ritz Carlton Hotel. - Foto AFP

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, menyaksikan pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman (MoU) antara syarikat Malaysia dan AS membabitkan pelaburan bernilai AS2bilion.

Perjanjian itu adalah antara Sime Darby-Verdezyne dalam bidang bioteknologi yang bakal mewujudkan 300 pekerjaan serta antara GE dan AirAsia untuk penyelenggaraan 25 pesawat baharu A330 AirAsia X.

Satu lagi MoU ialah antara MetLife dengan Kumpulan Arab Malaysian untuk pembelian saham dalam AmLife dan AmTakaful.

Majlis pemeteraian MoU itu berlangsung di Ritz Carlton Hotel, di sini.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.