Lori di Singapura Hampir tenggelam disebabkan pembinaan terowong


DI SINGAPURA SEBUAH LORI TENGGELAM KERANA JALAN RUNTUH BERHAMPIRAN TAPAK PEMBINAAN TEROWONG.

SINGAPURA - Sebahagian jalan Upper Changi Road runtuh pagi ini menyebabkan tayar sebuah lori terperosok ke dalam lubang.

Pemandu lori yang hanya mahu dikenali sebagai Su berkata, ketika kejadian dia sedang memandu di jalan tersebut menuju ke Terminal Feri Tanah Merah sekitar jam 8.30 pagi tadi.

"Trak tidak boleh bergerak sebaik ia tenggelam ke dalam lubang itu. Saya segera memanjat keluar," kata Su seperti yang dilaporkan The Straits Time Singapore.

Kemalangan itu berlaku kira-kira 50 meter dari tapak pembinaan Downtown Line 3.

Gambar ini sedang disebarkan oleh segelintir pihak kononnya ini di ambil di Bukit Bintang, gambar ini BUKAN di Bukit Bintang tetapi di SINGAPURA.


Sementara itu, seorang pekerja pembinaan berkata, kerja-kerja membina terowong telah bermula berhampiran tempat kemalangan kira-kira tiga bulan lalu..

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.