Lawatan Obama, PDRM telah bersiap sedia sepenuhnya


Lawatan Obama, PDRM bersedia sepenuhnya

Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia sepenuhnya dalam aspek keselamatan sempena lawatan rasmi Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama selama tiga hari ke negara ini, bermula Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Datuk Zulkifli Abdullah berkata pihaknya sudah mengambil kira pelbagai perkara dan kehadiran orang kenamaan ke negara ini sudah semestinya mendapat perhatian dan keprihatinan pihak berkuasa.

 
"Saya yakin pucuk pimpinan PDRM dan seluruh agensi kerajaan yang terlibat sudah memepersiapkan keperluan secukupnya. Keprihatinan kita bukan sahaja kepada Presiden Amerika Syarikat tetapi juga terhadap mana-mana jua pemimpin dunia yang berkunjung ke negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Larkin, di Johor Bahru, hari ini.
 
Hadir sama, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Obama ke Malaysia selepas kunjungan Presiden Lyndon Johnson pada 1966.
 
Walau hujan nan lebat, panas yang terik dan guruh sering bersahutan, namun demi tugas dan demi tanggungjawab pada negara mereka sanggup tempuhinya. Janganlah sesekali kita memandang dengan jiwa yang kosong dan saling mencaci hina. Syabas wira negara.
Selain Malaysia, Obama juga turut melakukan lawatan ke Tokyo, Jepun dan Seoul, Korea Selatan sebelum mengakhiri lawatan kerja ke Asia di Filipina. - Bernama

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.