Antara Perbualan Imam Masjid Negara minta Obama Presiden AS tangani isu penindasan terhadap umat Islam

Antara Perbualan Imam Masjid Negara minta Obama Presiden AS tangani isu penindasan terhadap umat Islam

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Imam Masjid Negara minta Obama tangani isu penindasan terhadap umat Islam

KUALA LUMPUR: “Doakan saya supaya dapat jalankan tanggungjawab dengan baik,” pinta Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama kepada Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Shaikh Ismail Muhammad dalam lawatan singkat presiden AS ke-44 itu di Masjid Negara di sini, pagi tadi.

Shaikh Ismail berkata, Obama dilihat seorang pemimpin yang sangat merendah diri walaupun dikenali sebagai pemimpin kuasa besar.

“Dia (Obama) minta saya doakan kesihatannya, dan saya juga minta beliau atasi masalah keganasan dan penindasan yang semakin berleluasa terhadap umat Islam di seluruh dunia,” katanya kepada BH, selepas mengiringi lawatan Obama di Masjid Negara.

Shaikh Ismail berkata, permintaannya itu disambut baik oleh Obama dengan berkata: "Saya sedang berusaha menangani masalah itu, doakan supaya saya dipermudahkan untuk menjalankan tanggungjawab itu."

Ditanya mengenai inti pati perbualan beliau dengan Obama, Shaikh Ismail berkata, sepanjang berada di masjid yang dibina pada 1965 itu, Obama berminat untuk mengetahui sejarah dan seni bina masjid yang menjadi lambang aspirasi Persekutuan Malaysia.

“Obama juga berminat untuk mengetahui makna di sebalik ayat-ayat suci Al-Quran yang terletak di beberapa dinding masjid. Saya terjemahkan kepada beliau secara ringkas dan beliau nampaknya sangat berminat untuk mendekati dunia Islam dan seni bina Islam,” katanya sambil menambah, ucapan “Terima kasih” sentiasa meniti di bibir presiden itu setiap kali beliau menjawab pertanyaannya.

“Beliau juga ucapkan terima kasih dan puas hati dengan sambutan dan layanan kita. Dia beritahu nak datang bawa keluarganya ke Malaysia,” katanya.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.