10 Sektor Pekerjaan Yang Menjamin Bayaran Gaji Tertinggi Di Malaysia

10 Sektor Pekerjaan Yang Menjamin Bayaran Gaji Tertinggi Di Malaysia.

Gaji merupakan satu faktor yang terpenting perlu

dipertimbangkan sewaktu memohon pekerjaan dengan sesebuah syarikat swasta/kerajaan. Baru-baru ini, Jobstreet.com telah melakukan suatu kajian dan menyenaraikan 10 sektor yang mendapat bayaran gaji tertinggi mengikut peringkat pekerjaan.



Kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan pekerjaan dalam senarai 10 teratas cenderung kepada bidang teknikal atau berasaskan sains. Calon-calon di peringkat eksekutif dengan pengkhususan dalam bidang Perubatan, Kejuruteraan, Kewangan dan IT umumnya memperoleh di atas gaji purata sebanyak RM 2,800. Bagi peringkat pengurusan dan ke atas, pengkhususan seperti IT, Sains, dan Kejuruteraan mendapat bayaran gaji yang lebih tinggi.

Graduan Baru Bekerja ( Fresh Graduates)

1. Farmasi (RM 3 640)

2. Strategi Korporat ( RM 3 200)

3. Jualan- Perkhidmatan Kewangan ( RM 3 054)

4. Doktor (RM 2 719) 

5. Jualan – Kejuruteraan / IT ( RM 2 612 )

6. Geofizik ( RM 2 600)

7. Penerbangan ( RM 2 533)

8. Sains Aktuari (RM 2 475 )

9. Jualan -Korporat ( RM 2 456)

10. IT- Perisian (RM 2 452)

Eksekutif Junior

1. Doktor (RM 3 899)

2. Proses Reka dan Kawalan (RM 3 898 )

3. Strategi Korporat (RM 3 800)

4. Jualan- Perkhidmatan Kewangan (RM 3 729)

5. Kejuruteraan – Minyak dan Gas (RM 3 606)

6 . Kewangan- Kewangan Korporat (RM 3500)

7. Farmasi (RM 3 470)

8. Penerbangan ( RM 3 475)

9. IT- Perisian ( RM 3 398)

10. Perundangan (RM 3 396)

Eksekutif Senior

1. Geofizik (RM 7514)

2. Doktor (RM 6903)

3. Kejuruteraan – Minyak dan Gas (RM 6353)

4. IT- Perisian (RM 5269)

5. Proses Reka dan Kawalan (RM 5086)

6. Latihan dan Pembangunan (RM 4964)

7. Farmasi (RM 4935)

8. Kejeruteraan – Elektronik (RM 4928)

9. Kejuruteraan – Mekanikal ( RM 4745)

10. Audit / Cukai (RM 4721)

Pengurus (Managers)

1. Doktor (RM 9530)

2. Kejuruteraan -Minyak dan Gas (RM 9 462)

3. Penerbangan (RM 9 406)

4. Audit / Cukai (RM 9226)

5. Perbankan / Perkhidmatan Kewangan (RM 9100)

6. Geofizik (RM 8 938)

7. Penerbitan / Percetakan ( RM 8 650)

8. Kejuruteraan – Kimia (RM 8 545)

9. Kejuruteraan -Elektronik (RM 8 146)

10. IT-Perisian ( RM 8 112)

Pengurus Senior (Senior Managers)

1. IT -Perkakasan (RM 18 100)

2. Kawalan Kualiti / Jaminan (RM 17 768)

3. Geofizik ( RM 17 768)

4. Hartanah (RM 16 917)

5. Kejuruteraan -Elektrik (RM 16 503)

6. Penerbitan/ Percetakan (RM 16 500)

7. Strategi Korporat ( RM 15 606)

8. Kejuruteraan – Minyak dan Gas ( RM 15 307)

9. Jualan -Korporat ( RM 14 815)

10. Kejuruteraan Awam (RM 14 768)

* Senarai adalah berdasarkan gaji diberikan oleh majikan kepada JobStreet.com dari 1 Januari – 31 Ogos 2013. Keputusan kajian diterbitkan pada 15 Januari 2014

Untuk pengetahuan, maklumat sebegini amat penting bagi kita semua terutamanya kepada para ibu bapa diluar sana dalam menentukan halatuju masa depan anak-anak di peringkat universiti.

Mungkin tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa pekerjaan yang melibatkan bidang perubatan ini menjadi pilihan utama ramai pihak kerana bidang ini sentiasa diperlukan dari masa ke semasa sama ada di saat dunia menghadapi krisis ataupun aman damai.

Apa-apa pun, rancanglah masa depan anda dengan baik. 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.