Tragedi MH370 ada kaitan Serangan Pengganas?



Pengganas Rampas Pesawat MH370? - FBI

Berhubung dengan insiden pesawat MAS yang hilang, pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dilaporkan akan mengerahkan ejen dan pakar teknikalnya bagi membantu siasatan.

Memetik laporan berita akhbar Los Angeles Times,  tindakan tersebut dilakukan kerana terdapatnya tiga warga Amerika Syarikat yang menaiki pesawat tersebut.
Sekadar Hiasan

Menurut, pegawai tertinggi agensi, terdapat seorang bayi yang juga terbang bersama-sama tiga warga negara yang dipercayai warganegara Amerika Syarikat.

“Ini merupakan “permulaan” bagi kami dalam kes ini namun apa yang terjadi masih lagi misteri,” kata pegawai tersebut di Washington.

Amerika Syarikat kini melihat kemungkinan insiden tersebut mungkin mempunyai kaitan dengan aktiviti pengganas.

Kemungkinan seperti ini merupakan perkara yang selalu dilihat oleh negara tersebut apabila berlakunya kejadian pesawat terhempas.



“Walaupun dikatakan terdapat dua penumpang pesawat tersebut yang menggunakan pasport yang dicuri, tiada tanda bahawa ini adalah satu serangan pengganas.

Pasport yang dicuri lazimnya tidak membawa indikasi bahawa ianya sebuah serangan pengganas,” kata seorang pegawai divisyen anti-pengganas.

Ejen FBI akan meneliti video rakaman imej-imej penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terutamanya di bahagian-bahagian kaunter tiket, seksyen keselamatan dan juga kawasan balai berlepas.

Imej-imej yang dirakam itu kemudiannya akan dipadankan dengan teknologi biro tersebut untuk melihat sama ada terdapat padanan data dengan suspek-suspek pengganas Al-Qaeda dan juga organisasi pengganas yang lain. -ASTRO AWANI

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.