Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP

Karpal Singh meletakkan jawatan sebagai Pengerusi DAP, susulan daripada dijatuhkan hukuman denda RM4,000 oleh mahkamah atas kesalahan mengikut Akta Hasutan

KUALA LUMPUR: Karpal Singh mengumumkan beliau melepaskan jawatan sebagai Pengerusi DAP sementara menunggu rayuannya terhadap hukuman kes hasutan.


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mac lalu menjatuhi hukuman denda RM4,000 ke atas Karpal selepas didapati bersalah melafazkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak, lima tahun lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata beliau tidak lagi layak memegang jawatan berkenaan berikutan keputusan mahkamah itu.

Katanya, ia sejajar peruntukan Seksyen 9A, Akta Pertubuhan 1966 yang melarang sesiapa yang dijatuhi hukuman denda lebih daripada RM2,000 atau penjara setahun daripada memegang jawatan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.