INFO FAKTA JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG


FAKTA JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG !!!

Jambatan Kedua Pulau Pinang ialah sebuah jambatan baru yang dirasmikan pembukaannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 01 Mac 2014 dan mula dibuka kepada orang ramai jam 12.01am, 02 Mac 2014.

Perdana Menteri juga telah mengisytiharkan jambatan kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. 


Pengisytiharan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. 


 
Fakta Menarik Jambatan Kedua Pulau Pinang

  • Menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di Pulau Pinang.
  • Jambatan ini menelan kos kurang RM 4.5 bilion.
  • Usaha sama antara China Harbour Engineering Company Ltd dan UEM Builders Bhd, yang bermula pada 2008.
  • Mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.
  • Empat lorong dengan dua lorong motosikal dibina di atas jambatan ini.
  • Panjang jambatan ini ialah 24 km (15 batu). 17 km (10 batu) daripada jambatan ini merentasi Selat Selatan, selat yang menghubungkan Pulau dan Seberang Perai.
  • 1.5 km (1 batu) berada di kawasan Batu Maung, sementara 6 km (3 batu) berada di kawasan Batu Kawan.
  • Enam persimpangan lebuh raya dibina dalam projek ini.
  • Mempunyai dua platform yang meliputi kawasan perkhidmatan & rehat di persimpangan tengah.
  • Ia direka seakan-akan menyerupai mutiara.
  • Kawasan rehat ini akan menjadi kawasan rehat lebuhraya terapung pertama di Malaysia.



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.