Header Ads

Up2date Terkini!
recent

BN MENANG kekal kerusi DUN Balingian


TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidddin Yassin bersama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem meraikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Yussinosh Balo (tengah) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian di Dewan Suarah Mesra, Mukah.

MUKAH: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian dengan majoriti lebih besar sebanyak 6,911 undi.


Calon BN, Yussibnosh Balo meraih 8,194 undi manakala calon PKR, Abdul Jalil Bujang memperoleh 1,283 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Safrie Saili, di Dewan Suarah Mesra di sini sebentar tadi.

Terdapat sebanyak empat undi rosak.

Seramai 9,668 pengundi atau 72.33 peratus daripada 13,366 pemilih berdaftar mengundi.

Calon Barisan Nasional Yussibnosh Balo memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Balingian dengan majoriti 6,911 undi

Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011, BN menang dengan majoriti 5,154 undi.

No comments:

Powered by Blogger.