Tokoh Penerbit Shaw Brothers Studios meninggal dunia

Penerbit filem Hong Kong Run Run Shaw meninggal dunia hari ini pada usia 107.

Punca kematian tidak dijelasjan dalam kenyataan Television Broadcasts Limited (TVB) yang diasaskan Shaw pada tahun 1967.


Shaw antara tokoh paling berpengaruh dalam dunia hiburan Asia.

Shaw Brothers Studios yang dimilikinya menerbitkan hampir 1,000 filem dan mempopularkan genre kung fu yang mempengaruhi penerbit Hollywood seperti Quentin Tarantino.
Foto

Studion Shaw juga antara yang terbesar di dunia dan membantu melancarkan kerjaya seperti penerbit John Woo dan pelakon Chow Yun Fat.



Shaw juga menerbit beberapa filem Amerika Syarikat termasuk klasik cereka sains, "Blade Runner" pada 1982.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.