Takziah Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib meninggal dunia

Takziah Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib meninggal dunia

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib meninggal dunia jam 12.10 tengah malam tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini.

Pesuruhjaya PAS negeri, Satiful Bahri Mamat yang mengesahkan perkara itu, berkata Allahyarham, 70, meninggal dunia selepas dua hari dimasukkan ke hospital akibat penyakit kencing manis.

Sementara itu, Timbalan Musyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din turut menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

Keadaan Haron yang dilaporkan kritikal sebelum ini, kini dilaporkan semakin stabil.

Jenazah Harun Taib selamat dikebumikan

Jenazah Ketua Dewan Ulama PAS, Allahyarham Datuk Harun Taib selamat dikebumikan di tanah perkuburan persendirian keluarganya di Kampung Padang Ujib, Manir, jam 11 pagi tadi.

Terdahulu jenazah Allahyarham dimandi dan disembahyangkan di Markaz Tarbiyah PAS Kubang Lembik di sini, semalam.

Allahyarham, 71, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini, jam 12.10 tengah malam tadi.

Najib ucap takziah kepada keluarga Harun Taib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib.

"Takziah kepada keluarga Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS yang telah meninggalkan kita. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah," kata Najib dalam entri twitter beliau.

Harun, 70, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Terengganu kira-kira 12.10 tengah malam tadi.

Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Manir itu dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum dimasukkan ke hospital berkenaan pada Jumaat.

Harun adalah antara tokoh utama PAS yang lantang menentang penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut bukan Islam.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.