Senarai Perdana Menteri Malaysia

Seramai 10 individu penting telah dilantik bagi menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, sekali gus memikul amanah mentadbir negara ini dengan berkesan, adil dan saksama.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



📌Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10

Anwar ialah PM Malaysia ke-10

Daripada Menteri Kewangan dan TPM, Anwar kini PM baharu selepas lebih dua dekad

Picture
Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10, kata Istana Negara dalam kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.



Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, sebentar tadi.


Picture
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) berkenan mengurniakan Suratcara Pelantikan sebagai Perdana Menteri ke-10 kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di Istana Negara hari ini. Turut hadir isteri Ahli Parlimen Tambun itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri).


KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim, 75, telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selepas lima hari Parlimen tergantung dan landskap politik tanah air menemui jalan buntu sejak Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan pada Sabtu lepas.

lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri telah diadakan di lstana Negara hari ini.

Anwar akan mengetuai kerajaan perpaduan.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melantik Ahli Parlimen Tambun itu sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata pelantikan Pengerusi PH itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ia selepas Seri Paduka memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu yang berkenan berangkat menghadiri Perbincangan Khas Raja-raja Melayu di Istana Negara hari ini bagi membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat, kata beliau.

Picture
📌Profil Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10


Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari 1993 hingga 1998 ketika era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Beliau turut memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dari 1991 sehingga 1998, dan dalam tempoh itu menyaksikan Euromoney menobatkan beliau sebagai empat menteri kewangan terbaik manakala pada 1996, Asiamoney menamakannya sebagai Menteri Kewangan Terbaik.

Ketika Krisis Kewangan Asia pada 1997, Anwar menyokong prinsip pasaran bebas dan menekankan isu kedekatan perniagaan dan politik di Malaysia.

Beliau menyokong akauntabiliti selain memulakan pemotongan perbelanjaan yang meluas demi menyelamatkan ekonomi Malaysia.

Anwar merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan di Bank Dunia dan Tabung Matawang Antarabangsa pada 1998 untuk tempoh dua tahun di mana dalam tempoh itu beliau amat menyokong inisiatif membatalkan hutang dan menangguhkan hukuman terhadap negara-negara miskin, terutamanya di Afrika.

Selain sebagai Menteri Kewangan, Anwar turut memegang jawatan sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 1983, Menteri Pertanian pada 1984 dan Menteri Pelajaran pada 1986.

Anwar turut dikenali sebagai penceramah terkemuka di persada antarabangsa dalam bidang ekonomi, demokrasi, kebebasan, tadbir urus, Islam dan demokrasi, serta keperluan terhadap akauntabiliti.

-- BERNAMA

Picture
Ucapan Tahniah Atas Pelantikan Sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

Kenali PM ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim!

TERJAWAB sudah persoalan siapa Perdana Menteri Malaysia ke-10 apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjawat jawatan berkenaan secara rasmi di Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan hari ini.

Picture
Perdana Menteri Malaysia yang baru dilantik Anwar Ibrahim dan isterinya Wan Azizah melambai ketika mereka tiba di perhimpunan di Kuala Lumpur, Malaysia 24 November 2022. -Vincent Thian/melalui REUTERS

Jom kenali lebih dekat figura bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim

Picture
Datuk Seri Anwar Ibrahim berusia 75 tahun dikenali di seluruh dunia sebagai seorang muslim demokrat dan reformis. - Gambar/ Bernama

- Datuk Seri Anwar Ibrahim berusia 75 tahun dikenali di seluruh dunia sebagai seorang muslim demokrat dan reformis.

- Lahir di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

- Merupakan anak kepada Datuk Ibrahim Abdul Rahman yang merupakan merupakan ahli politik Perikatan/ UMNO. Allahyarham menang bertanding dalam PRU 1959 bagi kawasan Seberang Tengah, Pulau Pinang (1958-1964).

- Ibunya, Che Yan Abdul Hamid Hussein ialah ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO.

- Memulakan alam persekolahan pada tahun 1954 di Bukit Mertajam Boys School, Pulau Pinang dalam aliran Bahasa Melayu. Kemudian beliau meneruskan persekolahan di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada 1960. Beliau juga merupakan Ketua Pengawas MCKK.

- Sewaktu di sekolah menengah, beliau aktif sebagai pemidato dan aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu serta menjadi wakil pembahas.

- Pada tahun 1968, beliau melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang Pengajian Melayu (Sastera).

- Berkahwin dengan doktor mata, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga mengikut jejak langkah beliau dalam arena politik. Dr Wan Azizah merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri ketika pentadbiran PH pada 2018 hingga 2020.

- Anak sulung pasangan ini, Nurul Izzah merupakan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai pada tahun 2008 hingga 2018, dan Permatang Pauh pada 2018 hingga 2022.

- Memulakan karier politik sebagai Ketua Pemuda UMNO pada 1982-1987, Naib Presiden UMNO (1987- 1990), Timbalan Presiden UMNO (1990-1998), Ketua Umum KEADILAN (2005-2018), Presiden KEADILAN/PKR (2018-kini) dan Pengerusi PH (2020-kini).

- Pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 1982-1983, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983-1984), Menteri Pertanian (1984-1986), Menteri Pendidikan (1987- 1990), Menteri Kewangan (1990-1998).

- Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dari tahun 1993 sehingga 1998.

- Pernah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Terbaik Dunia oleh EuroMoney 1993, Menteri Kewangan Terbaik Asia oleh AsiaMoney 1996 dan Tokoh Muslim Berpengaruh Dunia oleh The Royal Islamic Strategic Centre, Jordan 2017-2022.

- Penglibatan dalam badan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi antarabangsa antaranya Pengasas dan Pendidik Yayasan Anda Akademik 1971, Pengasas dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 1971-1982.

- Beliau dikenali sebagai salah seorang daripada pengasas NGO Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, ABIM dan pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama tiga tahun (1974-1976) kerana demonstrasi jalanan di Universiti Malaya berhubung kemiskinan di Baling, Kedah.

- Merupakan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) pada 1973-1976, Penasihat Majlis Belia Kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (1973), Canselor dan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1983-1998), Pensyarah Jemputan Georgetown University, Washington DC (2006-2008) dan Pengasas dan Pengerusi Emeritus Institut Pemikiran Islam Antrabangsa (IIIT).

- Beliau juga merupakan pemimpin popular di seluruh dunia dan rapat dengan beberapa pemimpin luar negara termasuk Allahyarham Bacharuddin Jusuf Habibie atau lebih dikenali sebagai BJ Habibie, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad al-Thani.

- Menghasilkan koleksi buku antaranya ‘Membangun Negara Madani’. Buku setebal 187 muka surat itu menggariskan aspek merangkumi kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, nilai hormat, keyakinan dan ihsan.

Picture
Ismail Sabri Yaakob turut mengucapkan terima kasih kepada penjawat awam yang memberikan sokongan kepadanya selama ini.

Ismail Sabri Perdana Menteri ke-9

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata pelantikan itu selepas baginda menerima surat akuan seramai 114 Ahli Dewan Rakyat sekali gus mencukupi untuk membentuk kerajaan.


"Dari surat-surat akuan tersebut seramai 114 Ahli Dewan Rakyat telah mencalonkan Yang Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Ahli Parlimen Bera), jumlah majoriti yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan.

"Sehubungan dengan itu dan selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik Yang Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Ahli Parlimen Bera) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9," katanya dalam kenyataan hari ini.

Picture
Infografik Datuk Seri @IsmailSabri60 Perdana Menteri ke-9

BIODATA PERDANA MENTERI KE-9

Nama: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Tarikh lahir: 18 Januari 1960
Tempat lahir: Temerloh, Pahang

Pendidikan

• Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Universiti Malaya (UM) (1980)
• Tingkatan enam (6) di Jaya Akademik
• Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang (1976)
• Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan, Pahang (1973)
• Sekolah Kebangsaan Bangau, Pahang (1967)

Keluarga

• Mendirikan rumah tangga pada tahun 1986 dengan Datin Seri Muhaini Zainal Abidin
• Mempunyai 4 cahaya mata seorang anak perempuan dan 3 anak lelaki iaitu:
- Nina Sabrina
- Gadaffi lebih dikenali sebagai Dafi
- Nashriq
- Iqbal

Kerjaya/Perkhidmatan

• 1985 - Peguam • 1995 - 1999 - Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
• 2008-2009 - Menteri Belia dan Sukan
• 9 April 2009 - 2013 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
• 2013 - 2015 - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
• 2015 - 2018 - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
• 12 Mac 2020 - Menteri Kanan (Menteri Pertahanan), (Kluster Keselamatan)
• 7 Julai 2021 - Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Aktiviti/Kegiatan Luar/Lantikan Lembaga Pengarah

1987 - Ahli Majlis Daerah Temerloh
1996 - Ahli Majlis Perbandaran Temerloh
1995 - Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pahang Tenggara (DARA) & Ahli Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
1996 - Pengerusi Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil

Politik

1987 - Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh
1988 - Ketua Penerangan UMNO Bahagian Temerloh
1993 - Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian
2001 - Timbalan Ketua Bahagian
2004 - Ketua UMNO Bahagian Temerloh & Ahli Parlimen Bera, Pahang

Anugerah

Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - Datuk (2004)
Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) - Datuk Seri (2020)
Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2005)
Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri (2008)
Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) - Datuk Seri Panglima (2020)

Susulan peletakan jawatan Perdana Menteri Kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kita sorot kembali mereka yang pernah memegang jawatan nombor satu negara itu.

Jawatan tersebut mula diduduki selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan sepenuhnya daripada British pada 31 Ogos 1957.


Sejak itu, seramai 8 individu penting telah dilantik bagi menggalas jawatan tersebut, sekali gus memikul amanah mentadbir negara dengan berkesan, adil dan saksama.

Setakat ini, Negarawan Negara, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan satu-satunya individu yang menggalas jawatan tersebut sebanyak 2 kali iaitu pada 1981 dan 2018.

Hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenaan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sementara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.



Senarai nama Perdana Menteri serta mantan Perdana Menteri.

Berikut adalah senarai nama Perdana Menteri iaitu ketua kerajaan Malaysia sejak dari negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga sekarang (2020).

Perdana Menteri ialah pemimpin utama Kerajaan Malaysia. Seorang Perdana Menteri juga bertanggungjawab untuk mengetuai barisan Badan Eksekutif, Jemaah Menteri. Secara rasmi dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai selaku Ketua Negara dan biasanya pemimpin sesebuah parti politik atau parti komponen terkuat dalam Parlimen (Dewan Rakyat) akan dipilih dan dilantik dan perlu mendapat sokongan majoriti daripada para Ahli Dewan Rakyat Malaysia.

Sejak kemerdekaannya pada 1957, semua Perdana Menteri hanya berasal daripada parti UMNO, salah satu parti politik terbesar dalam Barisan Nasional (dahulu dikenali sebagai Parti Perikatan hingga 1974). Tetapi pada 2018, jawatan Perdana Menteri disandang oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia, salah satu parti komponen baharu dalam Pakatan Harapan apabila Tun Dr. Mahathir bin Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7


Kabinet Malaysia 2018 atau lebih dikenali sebagai Kabinet Mahathir Ketujuh (Mahathir VII) telah dibentuk selepas diperkenankan oleh Sultan Muhammad V untuk memulakan kerajaan baharu dalam sejarah politik negara berikutan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Malaysia (PRU) ke-14 pada 9 Mei 2018.

Kereta rasmi Perdana Menteri.
Selepas Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan secara tiba-tiba pada 24 Februari 2020, maka berlakulah Krisis politik Malaysia 2020 selepas beliau tidak mencalonkan nama Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai pengganti kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah.

Picture
Pesawat eksekutif kerajaan Airbus ACJ319 untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Namun begitu, Tan Sri Mahiaddin Yassin telah menyembahkan nama beliau kepada Al-Sultan Abdullah untuk menjadi calon sebagai Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong telah menemu ramah seramai 221 Ahli Dewan Rakyat Malaysia bagi menentukan sokongan kepada Tan Sri Mahiaddin.

Selepas baginda berpuas hati dengan jawapan daripada para Ahli Dewan Rakyat dan meyakini bahawa Tan Sri Mahiaddin telah mendapat sokongan majoriti.

Maka, Tan Sri Mahiaddin telah dipilih sebagai Perdana Menteri pada 29 Februari 2020 dan telah mengangkat sumpah jawatan dan setia serta menyimpan rahsia pada 1 Mac 2020 lalu.


Beliau kemudiannya telah melantik barisan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kabinet Malaysia 2020 pada 10 Mac 2020 lalu.

Senarai nama Perdana Menteri serta bekas Perdana Menteri Malaysia ini mengandungi nama penuh, gambar, tarikh lahir, serta tarikh meninggal bagi yang telah meninggal dunia, gelaran, dan tempoh memegang jawatan.

Bil Nama Perdana Menteri - Umur
(Lahir - Meninggal)
Gelaran Tempoh Berkhidmat
Perdana Menteri Pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
 (8 Feb 1903 - 6 Dis 1990)
Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Bapa Kemerdekaan Malaysia 31 Ogos 1957
hingga
22 September 1970
(Tunku merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu (1955-1957) sebelum merdeka)
Perdana Menteri Kedua Allahyarham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein
(11 Mac 1922 - 14 Jan 1976)
Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak
Bapa Pembangunan Malaysia 22 September 1970
hingga
14 Januari 1976
Perdana Menteri Ketiga Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn
(12 Feb 1922 - 29 Mei 1990)
Perdana Menteri ketiga Tun Hussein Onn
Bapa Perpaduan Malaysia 15 Januari 1976
hingga
16 Julai 1981
Perdana Menteri Keempat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad 
(10 Jul 1925 - )
Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad
Bapa Pemodenan Malaysia 16 Julai 1981
hingga
30 Oktober 2003
Perdana Menteri Kelima Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (80 Tahun)
(26 Nov 1939 - )
Perdana Menteri kelima Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia 31 Oktober 2003
hingga
3 April 2009
Perdana Menteri Keenam Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (66 Tahun)
 ( 21 February 1976 - 9 May 2018 )

Perdana Menteri keenam Dato Sri Najib Tun Abdul Razak
Bapa Transformasi Malaysia 3 April 2009
hingga
9 May 2018
Perdana Menteri
Ketujuh
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (94 Tahun)
(10 May 2018 - 24 February 2020 )
Perdana Menteri keenam Dato Sri Najib Tun Abdul Razak
Bapa Selamatkan Malaysia10 May 2018
hingga
24 February 2020


Perdana Menteri
Interim
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (94 Tahun)
(24 February - 29 February 2020)


Bapa Selamatkan Malaysia24 Februari hingga
29 February 2020

Perdana Menteri
Kelapan
Haji Mahiaddin bin Haji Muhammad Yassin (73 Tahun)
(29 February 2020 - 16 Ogos 2021 )

Ketua Perikatan Nasional Yang di-Pertuan Agong berkenaan melantik Mahiaddin Yassin sebagai perdana menteri yang baru.

Perkara itu dinyatakan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Perdana Menteri
Kesembilan
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (61 Tahun)
(21 Ogos 2021 - Kini )

Naib Presiden UMNO Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Perkara itu dinyatakan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan sebentar tadi. lstiadat Angkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri dijadual berlangsung pada 2.30 petang, 21 Ogos 2021.

Semoga senarai nama perdana menteri Malaysia ini berguna sebagai rujukan pembaca.


 Infografik Profil Tan Sri Mahiaddin Yassin.
 #Infografik Dr Mahathir letak jawatan sebagai perdana menteri, pengerusi BERSATU


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.