Sebab Mengapa Sistem Cukai GST penting kepada Rakyat dan Negara Malaysia

Antara Sebab Mengapa Sistem Cukai GST penting kepada Rakyat dan Negara Malaysia

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Sebab Mengapa Sistem Cukai GST penting kepada Rakyat dan Negara Malaysia


Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah Negara memperolehi hasil atau pendapatan.

Hasil daripada Cukai ini di gunakan oleh sesuatu Kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus Negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan Negara.

Cukai yang di kutip ini dibelanjakan oleh Kerajaan bagi tujuan Keselamatan Negara dan Rakyat, pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti jalanraya, hospital, sekolah, tujuan membangunkan ekonomi, tujuan sosial seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan, kebajikan rakyat dan banyak lagi.

Oleh itu kita perlu faham yang hasil cukai yang diperoleh daripada Rakyat melalui cukai yang kita sebagai individu perlu bayar kepada Kerajaan akan dapat dimanfaatkan dan di nikmati balik oleh kita sebagai Rakyat.

Cukai adalah suatu yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan kita, pentabiran Negara dan ekonomi. Malah, jika kita melihat isu cukai ini dengan lebih mendalam, kita akan dapat melihat bahawa orang yang mendapat manfaat daripada cukai yang dikenakan ialah diri kita sendiri.


Secara ringkasnya, cukai ialah kunci kepada pentadbiran negara yang berkesan dan kita tidak akan dapat lari darinya. Namun, sebelum kita boleh menerima cukai dengan hati yang terbuka, seseorang itu perlulah faham bagaimana dan kenapa cukai digunapakai oleh sesebuah Negara.

Antara tanggungjawab kerajaan – yang memerlukan pendapatan dari cukai – ialah membina sekolah sebagai tempat untuk mendidik kanak-kanak. Cuba kita bayangkan di manakah kita sekarang, jika kerajaan mengabaikan tanggungjawab ini?




Selain daripada itu, kerajaan juga memperuntukkan dana untuk menyediakan infrastruktur asas seperti membina jalan yang menghubungkan kampung, pekan dan bandar dengan kawasan sekitarnya, dan membolehkan aktiviti perdagangan berlaku antara kawasan-kawasan tersebut.

Kerajaan juga bertanggungjawab untuk membina kemudahan awam seperti pasar untuk memberi ruang kepada rakyat untuk berniaga dan menjalankan kegiatan ekonomi mereka.

Peniaga tempatan akan mendapat keuntungan apabila barangan import dikenakan cukai – ini kerana ia  akan menggalakkan pengguna untuk memilih barangan tempatan yang lebih murah. Ini adalah satu strategi perdagangan yang penting yang digunakan oleh negara-negara di seluruh dunia dalam menjaga kepentingan rakyat tempatan.

Satu lagi kebaikan cukai ialah cukai yang dikenakan ke atas barangan seperti minuman keras, rokok dan perjudian. Beban cukai ke atas barangan-barangan ini adalah untuk memastikan aktiviti tidak sihat seperti meminum minuman keras, merokok dan berjudi akan dapat dikawal dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat. Selain itu, cukai yang dikenakan ke atas barangan-barangan ini juga boleh digunakan kearah aktiviti pemulihan, alam sekitar dan pelbagai kempen untuk menggalakkan cara hidup sihat.

Berdasarkan prinsip yang sama, kerajaan Malaysia memberi pelepasan cukai ke atas pembelian buku untuk menanamkan sikap rajin membaca di kalangan rakyat. Dengan adanya sistem percukaian, kerajaan mampu untuk membentuk masyarakat dan memupuk aktiviti sihat di kalangan rakyat.


Di Negara kita, hampir 70% daripada Hasil Negara datangnya dari Hasil Cukai.

Cukai ini boleh di kelaskan kepada Cukai Langsung dan Cukai Tak Langsung. Cukai Langsung merupakan Cukai yang kita sebagai Rakyat membayar terus atau langsung kepada pihak Kerajaan.


Contoh Cukai Langsung yang paling ketara adalah seperti Cukai Pendapatan dan urusan hal ehwal Cukai Pendapatan ini di tadbir oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Sekiranya kita layak di kenakan Cukai Pendapatan, Cukai Pendapatan merupakan Cukai yang dikenakan terhadap pendapatan yang kita perolehi.

Lebih banyak pendapatan yang kita peroleh, lebih banyak lah Cukai Pendapatan yang kita kena bayar.

Picture
Urusan Cukai Perkhidmatan dan juga Cukai Jualan ini ditadbir oleh pihak Jabatan Kastam di Raja Malaysia.

Cukai Tak Langsung pula adalah Cukai yang tidak di bayar terus atau langsung kepada Pihak Kerajaan. Cukai Tak Langsung ini kita bayar kepada sesebuah kedai atau entiti perniagaan dan entiti perniagaan ini kemudiannya akan membayar cukai ini kepada pihak Kerajaan. Contoh Cukai Tak Langsung adalah seperti Cukai Perkhidmatan dan juga Cukai Jualan.


Sebagai contoh, apabila kita menginap di sesebuah Hotel atau makan di kedai kedai tertentu dan apabila kita membuat bayaran dan memperoleh resit bayaran, akan tertera di atas resit bayaran tersebut perkataan cukai perkhidmatan 6%. Cukai ini kita bayar kepada Hotel tersebut dan Hotel tersebut kemudiannya akan membayar Cukai Perkhidmatan ini kepada pihak Kerajaan.


Cukai Jualan pula merupakan Cukai yang dikenakan keatas pengilang yang mengilang barangan dan juga keatas pegimport yang mengimport barangan. Kebanyakkan barangan yang di kenakan Cukai Jualan adalah pada kadar 10%. Contoh barangan yang di kenakan Cukai Jualan adalah perabot, peti ais, television, baju, kasut, beg tangan dan banyak lagi barangan. Kita sebagai pengguna tidak tahu yang barangan ini telah di kenakan Cukai Jualan sebab ia tidak dinyatakan kepada kita. Cuma elemen Cukai jualan ini telah diambil kira sebagai kos apabila para peniaga menetapkan harga jualan barangan tersebut. Kita perlu faham yang hampir kebanyakkan barangan yang kita beli sekarang telah pun di kenakan Cukai Jualan. Sistem Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang mempunyai banyak kelemahan dan Kerajaan kehilangan banyak hasil disebabkan oleh kelemahan ini. Sebagai satu langkah reformasi cukai dan bagi memastikan sistem percukaian yang lebih adil telus dan efisien pihak Kerajaan telah menyatakan hasrat untuk memansuhkan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang dan menggantikannya dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan atau dalam bahasa Inggerisnya ‘Goods and Services Tax’ (GST)

Cukai barang dan perkhidmatan telah diperkenalkan di lebih daripada 160 buah negara di seluruh dunia dan telah terbukti berkesan di dalam konteks ekonomi moden.

Picture
Negara-negara seperti Singapura, United Kingdom, Australia dan Thailand telah lama memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan dan Malaysia juga dijangka akan turut memperkenalkan cukai ini tidak lama lagi.

Dengan pengenalan cukai barang dan perkhidmatan ini, Negara akan melangkah setapak lagi ke arah status Negara maju dan Rakyat akan berada dalam sistem percukaian yang lebih adil, telus dan efisien.


Dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerajaan bercadang untuk meningkatkan pendapatan negara melalui cukai.

GST akan menekan Kelas Pekerja


Warga pekerja atau golongan berpendapatan rendah jarang mengunjungi KFC, Pizza Hut,  Mac Donald kerana tidak mampu untuk menanggung kos makanan dan minuman yang dijual di sana yang tidak setara dengan pendapatan yang mereka peroleh. Perkhidmatan di restoran-restoran tersebut dikenakan SST oleh kerajaan di mana pelanggan terpaksa membayar kos cukai tersebut.

Jika GST dilaksanakan, restoran-restoran mamak yang selalu dikunjungi oleh warga pekerja dan anak muda mungkin mengenakan cukai tersebut, maka ini sekali gus akan meningkatkan lagi kos hidup warga pekerja dan rakyat biasa.

Mengikut pelaksanaan GST di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, Australia kebanyakan perkhidmatan dan barangan akan mempunyai cukai. Di negara-negara tersebut pada permulaan perlaksanaan, peratus cukai yang dikenakan adalah rendah, dan kadar cukai dinaikkan sedikit demi sedikit selepas itu. Ini telah memberikan kesan kepada kos hidup warga pekerja di negara-negara tersebut.


Situasi yang sama mungkin dihadapi oleh kelas pekerja di negara ini jika GST dilaksanakan. Seharusnya, kerajaan harus meningkatkan cukai ke atas syarikat-syarikat besar yang mengaut keuntungan besar dan golongan kaya yang mempunyai modal berbilion-billion ringgit, bukannya menekan rakyat biasa dengan cukai seperti GST. Tetapi, kerajaan telah mengurangkan cukai syarikat dalam bajet-bajet sebelum ini untuk membolehkan syarikat-syarikat besar dan pelabur melipatgandakan keuntungan. Polisi kerajaan seperti GST yang menyebabkan ‘kaya semakin kaya, miskin semakin miskin’ hanya dapat dihentikan dengan perjuangan dan solidariti pekerja.

GST boleh jadikan harga barangan dan perkhidmatan lebih murah


Rakyat Malaysia boleh menikmati barangan dan perkhidmatan yang lebih murah bagi banyak keperluan asas sekiranya kerajaan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sedia ada.

Cukai itu, yang dijangka dilaksanakan pada 2015, akan menyaksikan cadangan kadar 4% bagi menggantikan kadar 10% bagi cukai jualan dan 5% cukai perkhidmatan yang diguna pakai sekarang.

GST akan dikenakan ke atas penggunaan barangan dan perkhidmatan di semua tahap rantaian bekalan.

Sekiranya dilaksanakan, 40 keperluan makanan asas, termasuk beras, gula, susu tepung dan tepung akan disenaraikan sebagai barangan sifar cukai, manakala perkhidmatan asas seperti penjagaan kesihatan, mungkin diklasifikasikan sebagai dikecualikan cukai.

Kebanyakan barangan ketika ini dikenakan cukai di bawah SST dan peralihan kepada GST akan meringankan beban golongan miskin, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, dipetik sebagai berkata.


GST akan memastikan harga barangan tidak akan meningkat.


Selain itu, tidak semua produk akan dikenakan cukai penuh di bawah cadangan GST kerana produk tertentu akan dikenakan hanya separuh daripada kadar GST

"GST suatu yang perlu, ia bukan satu pilihan," kata Mohd Irwan Serigar sambil menambah sekiranya rejim cukai baharu itu dilaksanakan, kerajaan yakin dapat mengurangkan defisit fiskal keluaran dalam negara kasar pada 2015 dan mencapai lebihan menjelang 2020.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan/Ketua Penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Zulkifli Hamzah berkata walaupun pelaksanaan GST mengakibatkan inflasi, ia hanya bagi tempoh jangka pendek kerana corak penggunaan dapat disesuaikan dari masa ke semasa.

"Kami menjangka GST akan membawa kesan inflasi sementara ke atas harga, sama dengan bukti yang ditemui di banyak negara yang telah memperkenalkan cukai itu.

"Kesan inflasi GST akan bergantung kepada kadar yang akan diputuskan, pengecualian dan langkah-langkah selari bagi mengurangkan kenaikan harga," katanya.

Jabatan Kastam Malaysia berpendapat kesan inflasi GST adalah minimum kerana barang makanan asas dan keperluan tidak akan dikenakan cukai manakala kemudahan awam akan dikecualikan.

Faktor lain ialah kos pengeluaran rendah kerana GST dibayar bagi input boleh dituntut oleh perniagaan, manakala penjimatan daripada kredit cukai input boleh disalurkan kepada pengguna dalam bentuk harga rendah.



GST, cukai penggunaan secara meluas, atau cukai tokokan nilai, kali pertama dibentangkan di Dewan Rakyat pada 16 Disember, 2009, untuk menggantikan SST sekarang, tetapi telah ditarik balik tahun lepas untuk pindaan.

Peralihan itu akan menjadi sebahagian daripada pembaharuan fiskal yang dilaksanakan kerajaan bagi mengurangkan defisit fiskal dan mencapai bajet seimbang neutral pada 2020, membantu negara mencapai ekonomi berpendapatan tinggi serta status negara maju.

Pakar ekonomi berpendapat sekarang adalah masa yang sesuai untuk melaksanakan GST sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan hasil kerajaan.

Apabila dilaksanakan pada kadar hasil-neutral empat peratus, cukai baharu itu dianggarkan meraih hasil RM18 bilion, yang hampir sama dengan hasil RM16 bilion hingga RM17 bilion daripada cukai jualan dan perkhidmatan sekarang pada kadar purata 7%.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan GST dalam Belanjawan 2014 pada 25 Oktober ini.

GST akan mengambil masa 14 bulan untuk dilaksanakan selepas ia diumumkan. – Bernama, 22 Oktober, 2013.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.